Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa tuntutan royalti Kelantan urus tuntutan, pembayaran dan agihan

-

KOTA BHARU: Jawatankua­sa Tuntutan Royalti Kelantan akan menguruska­n hal-hal berkaitan tuntutan, pembayaran dan pengagihan royalti petroleum oleh kerajaan persekutua­n kepada negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada kerajaan persekutua­n berhubung perkara tersebut selepas ia dinyatakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

“Setakat ini ( maklumat yang diterima berhubung pembayaran royalti adalah) apa yang disebut perdana menteri pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (baru-baru ini). Jadi secara rasminya kita tunggulah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Aidifiltir­i anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Nilam Puri di sini, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sementara itu, Mohd Amar yang juga pengerusi Jawatankua­sa Tuntutan Royalti berkata jawatankua­sa itu dibentuk ketika Allahyarha­m Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menjadi menteri besar Kelantan lagi.

“Jadi jawatankua­sa ini merancang tindakan- tindakan sehingga kita ambil keputusan untuk menyaman Petronas di mahkamah. Jadi kalau kerajaan persekutua­n setuju untuk membayar royalti tuntutan ( untuk menyaman) itu tidak berbangkit lagi.

“Mungkin jawatankua­sa ini boleh membincang­kan kaedah- kaedah bayaran, jumlah bayaran dan kemudian jawatankua­sa ini, Insya-Allah akan memberi pandanganp­andangan kepada kerajaan negeri untuk menyalurka­n (penggunaan) royalti itu,” katanya.

Mohd Amar berkata, jawatankua­sa itu juga berharap agar kerajaan persekutua­n dapat membuat bayaran tunggakan royalti sejak perjanjian itu dimeterai puluhan tahun lepas dengan anggaran kasar sebanyak RM700 juta setahun.

“Kita kalau boleh mahu supaya tunggakan-tunggakan dibayar tapi ia bergantung kepada persetujua­n. Tapi kita nak tahu dahulu daripada kerajaan persekutua­n berapa mereka nak bayar, sama ada lima peratus (seperti dalam perjanjian) atau 20 peratus seperti janji dalam manifesto.

“Kalau kerajaan persekutua­n bayar lima peratus itu sudah baik sebab itu yang terkandung dalam perjanjian persekutua­n tapi kalau mereka bagi 20 peratus itu lebih baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia