Utusan Borneo (Sarawak)

Kesihatan Maradona bangkitkan kebimbanga­n

-

tendangan percuma Messi ketika Argentina memulakan permainan dengan memberangs­angkan. Namun pada awal separuh masa kedua, Argentina tersentak apabila pengadil perlawanan memberikan tendangan penalti selepas Javier Mascherano mengasari Oghenekaro Etebo dalam kotak penalti. Moses tidak mempunyai masalah menewaskan Franco Armani, yang membuat penampilan sulung bersama Argentina, untuk mengikat kedudukan. Ada kontrovers­i lagi melibatkan VAR apabila Nigeria dinafikan tendangan penalti kedua selepas Rojo tertanduk bola terkena lengan beliau sendiri sebelum rembatan pemain gantian, Odion Ighalo tersasar. “Saya tidak faham bagaimana ia bukan satu tendangan penalti. Bagi saya ia adalah jelas penalti,” kata kapten Nigeria, John Obi Mikel. “Mungkin pengadil sudah memberikan penalti pertama dan tidak mahu memberik a n n y a buat kali k e d u a . ” — AFP SAINT PETERSBURG, Rusia: Diego Maradona mengharung­i segala pengalaman pahit manis di Piala Dunia apabila pasukan negaranya, Argentina mencipta kemenangan 2-1 ke atas Nigeria sebelum membangkit­kan kebimbanga­n dengan keadaan kesihatann­ya selepas tamat permainan.

Lionel Messi mencuri perhatian dalam padang di Saint Petersburg tetapi dari tempat duduk VIP dalam stadium, Maradona mencuri perhatian dengan pelbagai reaksi.

Bintang legenda bola sepak Argentina berusia 57 tahun itu memulakan hari perlawanan dengan menari bersamasam­a seorang penyokong dari Nigeria, melambai- lambai ke arah orang ramai yang bertepuk tangan kepada beliau tidak lama sebelum sepak mula.

Sepanjang kemenangan mendebarka­n 2-1 itu, yang mengesahka­n kemaraan Argentina ke pusingan kedua, kamera televisyen sering tertumpu ke arah Maradona ketika ketegangan memuncak.

Apabila Messi membuka jaringan pada awal separuh masa pertama, Maradona menjerit gembira tetapi pemenang Piala Dunia 1986 itu mula kelihatan gelisah ketika permainan berlarutan dan pada satu peringkat, beliau hanya terduduk sugul sebelum rehat.

Apabila Nigeria mengikat kedudukan 1-1 dari tendangan penalti selepas rehat – satu kedudukan yang akan menyebabka­n Argentina tersingkir dari kejohanan – MaraeB dona semakin gelisah.

Menjelang minit ke- 80, beliau duduk dengan tangan menutup muka, tidak dapat melihat apa yang bakal menjadi malapetaka untuk Argentina.

Tetapi apabila Marcos Rojo menjaringk­an gol kemenangan ketika berbaki empat minit perlawanan, Maradona meledak kegembiraa­n, menjerit dengan kata-kata kesat sebelum menunjukka­n jari tengah ke arah padang. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? Rojo (kiri) mempamerka­n aksi penuh bertenaga ketika mem- pusingan kedua Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Nigeria di Stadium Saint Selasa lepas. bantu Argentina melangkah ke Petersburg, Saint Petersburg LEGA: Reaksi Messi selepas tamat perlawanan di...
— Gambar AFP — Gambar AFP Rojo (kiri) mempamerka­n aksi penuh bertenaga ketika mem- pusingan kedua Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Nigeria di Stadium Saint Selasa lepas. bantu Argentina melangkah ke Petersburg, Saint Petersburg LEGA: Reaksi Messi selepas tamat perlawanan di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia