Utusan Borneo (Sarawak)

Croatia muncul juara Kumpulan D, bakal berdepan Denmark di pusingan kedua

-

ROSTOV-ON-DON, Rusia: Croatia mengesahka­n kedudukan selaku juara Kumpulan D selepas kemenangan sukar 2-1 ke atas Iceland di sini Selasa lepas, sekali gus menempah pertemuan pusingan kedua menentang Denmark di Piala Dunia 2018 Rusia.

Ketika semua perhatian kepada perlawanan penting di antara Argentina menentang Nigeria, Croatia menamatkan saingan pusingan pertama selaku juara kumpulan selepas gol separuh masa kedua oleh Milan Badeli dan Ivan Perisic, di antara penalti Gylfi Sigurdsson untuk mencipta kemenangan.

“Kami melakukan segalagala yang kami mampu, jika anda melakukann­ya, anda tidak akan terlalu kecewa. Kami boleh melihat sesama kami dan boleh berasa bangga dengan apa yang kami lakukan,” kata jurulatih Iceland, Heimir Hallgrimss­on selepas perlawanan.

“Kami tidak mengalah... kami terus mencuba.”

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, berkata Iceland menunjukka­n “karektor, disiplin dan saingan baik” tetapi walaupun pasukannya sudah melangkah ke pusingan kedua, “hanya kemenangan memberikan kepuasan” kepada beliau.

Dengan tiga kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan D, “fokus sekarang ialah kepada perlawanan menentang Denmark, ia adalah saat penentuan,” kata beliau.

Dalic merehatkan hampir seluruh skuad kesebelasa­n utama yang membelasah Argentina 3-0 pada perlawanan kedua, dengan hanya kapten pasukan, Luka Modric dan Perisic mengekalka­n tempat mereka.

“Kami memberikan skuad satu peluang bermain di Piala Dunia tetapi dari saat ini, pusingan pertama sudah berakhir, kami sudah melaksanak­an tugas kami,” kata beliau.

Memerlukan hanya satu mata untuk mengesahka­n tangga teratas kumpulan, Croatia menguasai awal permainan dengan Modric dan Mateo Kovacic merangka pergerakan tetapi tidak menghasilk­an peluang yang baik.

Pada pertengaha­n separuh masa pertama, Iceland, yang menewaskan Croatia untuk layak ke Piala Dunia 2018, merampas kawalan permainan dan mengancam dari tendangan percuma dan serangan pantas.

Iceland mempunyai peluang dari cubaan Aron Gunnarsson tetapi tersasar sementara Sigurdsson menguji penjaga gol Croatia, Lovre Kalinic dari satu tendangan percuma.

Selepas rehat, permainan memihak kepada Croatia apabila Badelj melihat cubaan pertamanya terkena palang tetapi tidak pada minit ke-53 apabila rembatanny­a menewaskan penjaga gol Hannes Halldorsso­n untuk gol pembukaan.

“Sekarang kami boleh memberikan tumpuan untuk persediaan di pusingan kalah mati,” kata Badelj. “Ini adalah kemenangan besar buat Croatia. Tiada sebarang sambutan luar biasa, kami hanya mahu meneruskan kemaraan.”

Iceland perlu mencipta kemenangan pertama mereka di Piala Dunia untuk mempunyai peluang meneruskan kemaraan dan dengan sokongan padu dari penyokong mereka, mereka berjaya mengikat kedudukan pada minit ke- 73 apabila Sigurdsson menyempurn­akan satu tendangan penalti selepas Dejan Lovren terpegang bola dalam kotak penalti.

Pada minit ke-90, Croatia menambah lagi kekecewaan Iceland dengan gol kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PEMUSNAH: Perisic (kanan) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol kedua Croatia pada aksi di Rostov Arena, Rostov-on-Dongary Selasa lepas.
— Gambar Reuters PEMUSNAH: Perisic (kanan) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol kedua Croatia pada aksi di Rostov Arena, Rostov-on-Dongary Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia