Utusan Borneo (Sarawak)

Deschamps terus mengalih perhatian ke ‘pertanding­an kedua’ menentang Argentina

-

MOSCOW, Rusia: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps dengan pantas mengalih perhatian kepada ‘ pertanding­an kedua’ di Piala Dunia 2018 Rusia selepas pasukannya menamatkan saingan Kumpulan C sebagai juara ekoran keputusan seri tanpa jaringan dengan Denmark Selasa lepas.

Perancis menempah pertemuan menentang Argentina, yang muncul naib juara Kumpulan D selepas menewaskan Nigeria 2- 1.

“Ada pertanding­an kedua yang akan bermula, pusingan kedua akan menyaksika­n penyingkir­an sertamerta,” kata Deschamps.

“Ada banyak halangan di hadapan kami sekarang. Tetapi kami sudah bersedia untuk pusingan seterusnya.”

Perancis hanya menjaringk­an tiga gol dari tiga perlawanan di Rusia, termasuk satu tendangan penalti dan satu gol sendiri dan ia adalah satu lagi permainan kurang memberangs­angkan dari salah sebuah pasukan pilihan juara.

“Sasaran kami sudah dicapai, apa yang penting ialah muncul juara kumpulan,” kata Deschamps selepas Perancis bergelut menembusi benteng kebal Denmark.

“Ia bukan perlawanan yang menarik kerana pasu- kan Denmark hanya mahu memburu keputusan seri untuk layak ( ke pusingan kedua).”

“Kami cuba untuk menang,” tambah Deschamps. “Pada akhirnya, sebaik sahaja mereka berhenti menyerang, rentak permainan sudah berakhir untuk 15 minit terakhir.

“Satu mata adalah sudah memadai untuk mereka. Kami juga tidak mahu mengambil risiko kerana keputusan ini memadai untuk kedua- dua pasukan.”

Penyerang Perancis, Antoine Griezmann, hanya mampu melakukan rembatan jarak jauh selain satu serangan pantas diakhiri dengan kekasaran dilakukan Mathias Jorgensen.

Permainan agak hambar sehingga Griezmann diganti oleh Nabil Fekir pada 20 minit terakhir di mana penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel, diuji sepenuhnya.

“Ia sukar untuk semua orang,” kata Deschamps. “Sepanyol, dengan jentera serangan dan Jerman mempunyai taktik permainan hebat.

“Ia adalah salah satu mercu tanda di Piala Dunia ini, di mana semua pasukan bersedia secara fizikal.”

Aksi hambr Griezmann di Pial Dunia, adalah mirip dengan apa yang berlaku dengan di Euro 2016, di mana beliau hanya menyerlah di pusingan kalah mati – menjaringk­an lima dari enam gol di pusingan kalah mati untuk memenangi anugerah Kasut Emas.

“Orang menjangkak­an banyak gol dan perkara lain tetapi kami di sini bukan untuk itu,” kata Griezmann. “Kami mahukan kemenangan, kami mahu menamatkan saingan di tangga teratas, melangkah ke pusingan kedua dan itulah yang kami lakukan.”

Denmark melangkah ke pusingan kedua buat kali pertama sejam 2002 ketika skuad kendalian Age Hareide meneruskan rekod cemerlang tanpa kalah dari 18 perlawanan.

Mereka akan menentang Croatia di Nizhny Novogorod pada 1 Julai untuk satu tempat ke suku akhir.

“Sasarannya ialah untuk melangkah ke pusingan kedua,” kata Hareide. “Kami berada dalam kumpulan sukar. Jika anda melihat pasukan yang kami hadapi, saya percaya ia adalah salah satu yang paling sukar.”

“Anda perlu melakukan apa yang harus anda lakukan untuk menang,” tambah beliau. “Ia adalah aksi yang baik dari pemain. Mereka bekerja-keras sesama mereka dan memastikan pasukan mara.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia