Utusan Borneo (Sarawak)

Senegal harap Mane temui semula sentuhan jika mahu jinakkan Colombia

-

SAMARA, Rusia: Senegal harus mengurangk­an kesilapan di benteng pertahanan dan mencari cara untuk memastikan Sadio Mane menjaringk­an gol seperti ketika beraksi untuk kelabnya, Liverpool, jika mahu menjinakka­n Colombia hari ini dan melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2018 di Rusia.

Jurulatih Senegal, Aliou Cisse mengkritik kepantasan dan kekuatan pasukannya selepas seri 2-2 dengan Jepun Ahad lepas dengan berkata lawan mereka adalah pasukan yang lebih bagus dan meminta Mane untuk meningkatk­an lagi permainann­ya.

“Secara jujurnya, kami tidak cukup bagus,” akui Cisse, yang menjadi kapten Senegal ketika pasukan itu melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2002, penampilan terakhir mereka di Piala Dunia.

Cisse paling tidak gembira dengan cara Senegal mensia-siakan dua pendahulua­n gol.

Pemain gantian, Keisuke Honda mengikat kedudukan 2-2 ketika berbaki 12 minit permainan selepas penjaga gol Khadim N’Diaye gagal menangani satu hantaran lintang,

Kemenangan seharusnya mengesahka­n tempat Senegal ke pusingan kedua tetapi sekarang mereka berdepan pasukan Colombia yang sudah meningkatk­an rentak permainan dengan kemenangan 3-0 ke atas Poland.

Menjelang perlawanan terakhir Kumpulan H, Jepun dan Senegal berkongsi empat mata, Colombia dengan tiga dan Poland masih tanpa sebarang mata.

Ini bermakna keputusan seri buat Senegal sudah memadai.

Belgium dan England menanti dua pasukan teratas Kumpulan H.

Senegal tidak beraksi di tahap memberangs­angkan ketika menentang Jepun dan walaupun Mane membuka jaringan, ia bagaimanap­un dengan sedikit tuah.

Penyerang berusia 26 tahun itu, yang tiba dalam skuad Senegal dari musim cemerlang bersama Liverpool di mana pasukannya melangkah ke final Liga Juara-Juara, kelihatan mengejar bayangbaya­ng selepas itu.

“Seorang pemain seperti Sadio Mane adalah pemain dengan banyak jangkaan dan beliau adalah salah seorang pemain yang menjadi perhatian,” kata Cisse.

“Beliau boleh bermain dengan lebih bagus lagi tetapi hari ini beliau bermain dengan lebih baik ketika menentang Poland dan perlu melakukan yang lebih bagus lagi menentang Colombia.”

Jika ada suasana negatif menyelubun­gi Senegal, Colombia pula mengembali­kan keyakinan.

Mereka menjadi pasukan dari Amerika Selatan pertama yang tewas kepada pasukan dari Asia di Piala Dunia apabila tewas 1-2 pada perlawanan pertama.

Tetapi ia mungkin tidak begitu mengejutka­n kerana bermain hampir sepanjang perlawanan dengan 10 pemain selepas Carlos Sanchez dibuang padang kerana menampan bola dengan tangan.

Jurulatih Colombia, Jose Pekerman juga tidak dapat menurunkan James Rodriguez untuk kesebelasa­n utama kerana masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan.

Tetapi Rodriguez, salah seorang bintang di Piala Dunia 2014 ketika Colombia melangkah ke suku akhir, kembali dengan menyerlah pada perlawanan menentang Poland. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia