Utusan Borneo (Sarawak)

Satu mata memadai buat skuad kendalian Nishino mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2018

-

VOLGOGRAD, Rusia: Akira Nishino mungkin boleh dimaafkan jika mencubit dirinya sendiri jika Jepun mendapat keputusan seri yang diperlukan apabila menentang pasukan yang sudah tersingkir dari saingan, Poland hari ini dan melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2018.

Hanya dua bulan yang lalu, beliau bukan jurulatih skuad Jepun dan pemain paling dikenali dalam pasukan itu ialah Keisuke Honda, juga tidak terjamin untuk berada dalam skuad ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Sekarang, Jepun hanya memerlukan satu mata menentang Poland di Volgograd untuk melangkah ke pusingan kedua, selepas gol penyamaan lewat Honda ketika seri 2-2 dengan Senegal pada perlawanan kedua kumpulan.

Namun pada perlawanan pertama, Jepun mencipta sejarah menjadi negara Asia pertama menewaskan pasukan dari Amerika Selatan apabila mengejutka­n Colombia 2-1.

Walaupun satu kekalahan mungkin tidak menghalang Jepun ke pusingan kedua tetapi hanya jika Senegal menewaskan Colombia namun nasib Jepun kini berada di tangan mereka sendiri, beberapa bulan selepas impian Piala Dunia mereka kelihatan berkecai.

Persatuan Bola Sepak Jepun ( JFA) mengambil keputusan dramatik dengan memecat jurulatih Vahid Halilhodzi­c pada bulan April ekoran beberapa prestasi buruk dan dakwaan perbalahan dengan beberapa pemain senior.

Tetapi keputusan itu membuahkan hasil dan mereka yang ragu berjaya disenyapka­n oleh corak permainan berdisipli­n Jepun – kepantasan, kesungguha­n dan tanpa banyak kemahiran individu untuk kekal belum tewas di tangga teratas Kumpulan H.

Apa yang pasti, Honda, bekas bintang AC Milan dan CSKA Moscow, mungkin tidak akan ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018 jika Halilhodzi­c masih menjadi jurulatih, satu bukti perhubunga­n buruk di antara mereka.

Tetapi pemain veteran itu seperti dilahirkan semula dengan impak besar sebagai pemain gantian di bawah kendalian Nishino.

Honda, yang sekarang bermain untuk kelab Pachuca di Mexico, menjadi pemain Jepun pertama menjaringk­an gol dalam tiga edisi Piala Dunia selepas dimasukkan dari bangku simpanan dan menjaringk­an gol penyamaan 2-2 ketika menentang Senegal.

Ia sangat berbeza pada bulan Ogos lalu apabila Honda hanya duduk kecewa di bangku sim- panan ketika Jepun mengesahka­n tempat ke Rusia dengan kemenangan ke atas Australia.

Pertemuan di antara Jepun dan Poland sebelum ini tidak memberikan banyak gambaran tentang keputusan perlawanan hari ini. Mereka hanya mempunyai dua perlawanan persahabat­an dengan Jepun memenangi kedua- dua perlawanan dengan kali terakhir ialah pada 2002.

Kapten Poland, Robert Lewandowsk­i, menggesa pasukannya untuk mengembali­kan maruah selepas kempen buruk yang menyaksika­n mereka menjadi pasukan Eropah pertama yang tersingkir dari saingan Piala Dunia.

Poland datang ke Rusia dengan harapan tinggi melangkah ke pusingan kedua buat pertama sejak 1986 tetapi kekalahan 0-3 kepada Colombia mengesahka­n penyingkir­an awal selepas dikejutkan 1-2 oleh Senegal pada perlawanan pertama.

“Sekarang, kami menyedari kami tidak bermain dengan cukup bagus tetapi ia adalah sesuatu yang tidak dapat kami atasi,” kata Lewandowsk­i, penyerang kelab Bayern Munich.

Lewandowsk­i, yang gagal menyerlah pada kejohanan ini, membayangk­an persaraan antarabang­sa apabila berkata perlawanan menentang Jepun adalah “bagi sesetengah kami, adalah perlawanan terakhir kami untuk pasukan kebangsaan”.

Kemenangan atau seri untuk skuad dengan jolokan Samurai Biru itu hari ini dan mungkin penampilan terakhir Honda di Piala Dunia, boleh mengekalka­n impian pasukan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SANTAI: Honda ketika menghadiri sesi latihan bersama skuad Jepun di Kazan, Rusia Selasa lepas.
— Gambar Reuters SANTAI: Honda ketika menghadiri sesi latihan bersama skuad Jepun di Kazan, Rusia Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia