Utusan Borneo (Sarawak)

Anda tidak harus melihat terlalu jauh ke hadapan: Cahill

-

SAINT PETERSBURG, Rusia: England dan Belgium mungkin mempunyai pertalian yang lebih baik berbanding mana-mana negara di Piala Dunia kerana memiliki barisan pemain dengan pengalaman Liga Perdana Inggeris tetapi pemain pertahanan England, Gary Cahill, memikirkan pertalian itu tidak menggembir­akan.

Cahill, yang mungkin diturunkan dalam kesebelasa­n utama menentang Belgium pada pertemuan dua pasukan teratas Kumpulan G hari ini, ditolak dari belakang oleh pemain sayap Belgium, Dries Mertens ketika perlawanan persahabat­an terakhir England sebelum Euro 2012.

Akibatnya, beliau merempuh rakan sepasukann­ya yang juga penjaga gol Joe Hart, menyebabka­n beliau mengalami kecederaan tulang rahang dan tidak dapat beraksi di Euro 2012.

Enam tahun kemudian, pada bulan Mac, Cahill sedang bercuti di Dubai selepas tidak tersenarai dalam skuad England oleh Gareth Southgate dan bertemu dengan Mertens di sebuah restoran.

“Beliau mengambil sedikit masa untuk datang dan meminta maaf di atas apa yang berlaku, walaupun bagi saya ia sudah lama dilupakan dan berakhir dan saya sebenarnya menghormat­i beliau di atas apa yang beliau lakukan (meminta maaf),” kata Cahill.

“Sebelum itu, saya seperti perjalanan ke pesawat, ia saat paling bermakna bagi saya. Saya merasakan saya berada dalam satu situasi untuk beraksi dalam kesebelasa­n utama (di Euro 2012). Saya merasakan usia, prestasi saya ketika ini bermakna saya akan bermain tetapi kecederaan itu memusnahka­n segala-galanya.”

Hanya enam dari skuad Belgium tidak bermain dalam Liga Perdana tetapi jika pasukan itu tidak bermain bersungguh-sungguh di Kaliningra­d, ia bukan kerana mahu berlaku sopan.

Pemenang perlawanan ini dan juga muncul juara kumpulan, dijangka akan berdepan laluan lebih sukar di pusingan kedua, dengan Jerman atau Brazil berpotensi menanti di suku akhir.

“Perbincang­annya ialah untuk bermain dan menang, itu sahaja,” kata Cahill.

“Anda tidak dapat melihat lebih jauh dari itu. Kami melihat kepada Euro 2016 di Perancis dalam stadium dan ia adalah satu masa yang hebat dan kemudian kami tidak mampu melangkah jauh. Anda tidak harus melihat terlalu jauh ke hadapan.”

England dimalukan oleh Iceland di pusingan kedua Euro 2016 tetapi rentak permainan mereka sebenarnya sudah hilang sebelum perlawanan itu apabila seri tanpa jaringan dengan Slovakia dan apabila jurulatih Roy Hodgson melakukan enam pertukaran dari pasukan yang hanya menang di saat akhir ketika menentang Wales.

Gareth Southgate sekarang harus membuat keputusan sama ada mahu merehatkan pemainnya atau tidak untuk perlawanan menentang Belgium selepas mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua dengan kemenangan ke atas Panama dan Tunisia.

“Kedua-dua pasukan akan melakukan perubahan,” kata Cahill. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia