Utusan Borneo (Sarawak)

Muhd Sufri, Tan juara pusingan pertama tenis remaja SLTA-LSC

-

KUCHING: Bintang semakin mencipta nama, Muhd Sufri Kasuadi dan Tan Xin Hung dinobatkan johan Remaja Lelaki dan Terbuka Perempuan pada Pusingan Pertama Terbuka Tenis Remaja SLTA-LSC yang diadakan di gelanggang tenis SLTA pada minggu lepas.

Sufri dari Samarahan mengesahka­n kejuaraan selepas menundukka­n Dauglas Austin dari Saratok dengan 6-2, 12-10.

Manakala pemain kelahiran Kuching, Tan berjaya mengatasi Jancy Ceria Odau juga dari Saratok dengan 62, 5-7, 10-8.

Dalam aksi final Lelaki Bawah 14 Tahun, Jared Ho dari Kuching mudah menjinakka­n lawan dari bahagian sama, Chua Peng Guan dengan 6-1, 6-0.

Kuching turut mengunggul­i kategori Lelaki Bawah 12 Tahun selepas Aaron Norman berjaya mengatasi Ahmad Zaqwan dari Bintulu dengan 6-2, 7-5.

Kategori Lelaki Bawah 10 Tahun pula dimenangi pemain Bintulu, Xander Oosthuizen yang menewaskan Jay Vikneswara­n.

Bintulu turut memenangi Perempuan Bawah 14 Tahun menerusi Minke Oosthuizen selepas berjaya menun- dukkan Aina Syahira Empie dari Kapit dengan 4-6, 6-2, 6-1.

Pertanding­an selama dua hari itu anjuran bersama SLTA dan Persatuan Lawn Tenis Bahagian Kuching ( KDLTA) dan mendapat tajaan Lea Sports Centre.

Ia bertujuan mencungkil bakat baharu untuk diserap program pembanguna­n remaja SLTA selain memberi peluang kepada pemain mempamer bakat dan standard masing-masing.

Pendaftara­n kini dibuka kepada pemain untuk menyertai pusingan kedua pada 24-26 Ogos akan datang di venue sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia