Utusan Borneo (Sarawak)

Dua atlet Sarawak menyinar pada WTF Nanying di Taiwan

-

BINTULU: Pasukan-pasukan futsal dipelawa menyertai Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki dan Wanita Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi yang

akan berlangsun­g dari 6 hingga 8 Julai depan di Stadium Muhibah Bintulu.

Kejohanan tersebut merupakan anjuran bersama MTACYS BTU, Lea Sports Centre dan Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA).

Yuran penyertaan untuk pasukan lelaki ialah RM200 dan RM50 untuk wanita dan tarikh tutup penyertaan ialah 4 Julai.

Pengerusi Bahagian Pembanguna­n BiFA Mohd Tuah Ismail berkata, mesyuarat berkaitan akan berlangsun­g di stadium terbabit pada jam 7 malam melibatkan pengurus pasukan dan cabutan undi.

“Borang penyertaan boleh diperolehi di pejabat stadium tertutup berkenaan dan deposit RM20 perlu diberikan bagi setiap pasukan sebagai pengesahan,” ujarnya se- malam.

Kejohanan itu terhad untuk 32 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita. Keterangan lanjut dan untuk mendapat borang penyertaan hubungi MTACYS BTU menerusi talian 086-254072 atau Mohd Tuah ( 014- 5803726) atau Mohd Hamid Ghani (0148881038). KUCHING: Dua atlet taekwondo Sarawak menyinar pada Kejohanan Terbuka Taekwondo (WTF) Nanying yang diadakan di Taiwan baru-baru ini dengan membawa pulang dua pingat emas.

Audrey Nu Alexander Mula mengutip emas dalam kategori ‘featherwei­ght’ Terbuka Wanita, manakala Rebecca John Nedek menjuarai kategori ‘bantamweig­ht’ Terbuka Wanita.

Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) Azizul Annuar Adenan melahirkan rasa gembira sambil mengucapka­n syabas dengan kejayaan kedua atlet itu memenangi emas.

Menurutnya, kedua atlet itu telah mempamerka­n gabungan taktik dan teknik yang betul hingga membolehka­n mereka berjaya muncul juara.

“Sudah tentu jurulatih memainkan peranan penting dalam membimbing mereka dengan betul dalam setiap pertanding­an,” katanya.

Untuk rekod, Audrey dan Rebecca merupakan johan dalam acara ‘kyorugi’ atau tempur pada SUKMA 2016 di Sarawak.

“Kita amat gembira dengan kejayaan kedua atlet itu kerana mereka masih layak dan bersedia sepenuhnya untuk bertanding pada SUKMA Perak pada September nanti,” jelas Azizul lagi.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Rebecca (kanan) meraikan detik manis di atas podium utama.
MEMBANGGAK­AN: Rebecca (kanan) meraikan detik manis di atas podium utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia