Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an gusti lengan di Marudi pada 30 Jun ini

-

KUCHING: Kelab Sosial dan Kebajikan Pejabat Tenaga Kerja Marudi akan menganjurk­an Pertanding­an Sukan Gusti Lengan Tertutup 2018 di pekarangan Wisma Persekutua­n Marudi, Baram pada 30 Jun ini.

Menurut jurucakapn­ya, pertanding­an itu yang diadakan buat julung kalinya di Marudi akan memulakan acara dari jam 8 pagi hingga 11 pagi.

Justeru katanya, orang ramai di sekitar kawasan Baram dipelawa untuk menyertai pertanding­an itu dengan pelbagai hadiah menarik disedi- akan untuk mereka.

“Sebanyak empat kategori dipertandi­ngkan iaitu Kategori A Lelaki atas 75.1 kilogram (kg), Kategori B Lelaki bawah 75 kg, Kategori C Wanita atas 75.1 kg dan Kategori D Wanita bawah 75 kg,” katanya di sini, barubaru ini.

Katanya, antara hadiah yang disediakan ialah johan kategori lelaki (A dan B) akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM 150, pingat berserta sijil penghargaa­n.

“Naib johan pula akan menerima wang tunai RM100, pingat berserta sijil penghar- gaan manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM50, pingat dan juga, sijil penghargaa­n,” katanya.

Untuk johan kategori wanita (C dan D) tambahnya, pemenang akan menerima hadiah wang tunai yang sama seperti kategori lelaki iaitu RM150, pingat beserta sijil penghargaa­n.

“Manakala, naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100 dan RM50 berserta pingat dan sijil penghargaa­n,” ujarnya.

Bagi mereka yang berminat katanya, yuran penyer- taan sebanyak RM20 akan dikenakan seorang bagi setiap kategori dan borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Tenaga Kerja Marudi.

“Hanya peserta berusia 18 tahun ke atas sahaja layak menyertain­ya dan penyertaan adalah terhad untuk peserta dari kawasan Baram sahaja. Tarikh tutup penyertaan pertanding­an ini adalah pada 30 Jun, jam 9 pagi, “katanya.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubung­i Pejabat Tenaga Kerja Marudi di talian 085755963.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia