Utusan Borneo (Sarawak)

Pembantu bekas presiden Brazil diberi pembebasan sementara

-

SAO PAULO: Mahkamah Agung Brazil kelmarin membenarka­n seorang bekas pembantu utama kepada bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva satu kebenaran keluar sementara dari penjara, di mana dia sedang menjalani hukuman selama hampir 31 tahun atas kesalahan rasuah.

Jose Dirceu, 72, mula menjalani hukuman penjaranya pada Mei selepas rayuannya gagal, bagi pensabitan untuk penyelewen­gan wang, rasuah dan keanggotaa­n dalam sebuah kumpulan jenayah, sebahagian daripada siasatan antirasuah yang dijalankan yang telah mendakwa beberapa golongan elit politik dan perniagaan di Brazil, bekas presiden Lula di antara mereka.

Dirceu ditangkap sebagai sebahagian daripada apa yang dikenali sebagai ‘Operasi Cuci Kereta’ pada 2015 dan disabitkan pada Mei 2016, namun dibenarkan untuk ditahan reman di bawah penahanan dalam rumah sehingga bulan lepas ketika dia mengemukak­an satu lagi rayuan.

Pihak pembelaann­ya telah menegaskan bahawa dia seharusnya dibebaskan dari penjara sehingga semua pilihan perundanga­nnya telah tiada.

Tiga daripada lima hakim dalam panel Mahkamah Agung telah mengundi memihak kepada pembebasan sementara terhadap Dirceu, dengan seorang tidak hadir dan yang lain meminta lebih banyak masa lagi bagi perbincang­an.

Sejak tempoh rehat mahkamah bermula pada minggu ini, pasukan pembelaan telah mendesak bagi satu pembebasan sementara.

Karier Dirceu yang pelbagai termasuk satu tugas di Cuba, di mana dia menerima latihan ketenteraa­n dan menjalani pembedahan plastik bagi menyembuny­ikan identitiny­a ketika dia kembali ke Brazil.

Dia menjadi seorang pegawai yang berkuasa dalam politik negara selepas kejatuhan pemerintah­an diktator tentera.

Dirceu didapati bersalah dalam satu skandal sebelum ini yang berlaku pada masa awal Lula menjadi presiden, di mana dana awam telah digunakan untuk membeli undi dalam kongres. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia