Utusan Borneo (Sarawak)

Kedua-dua ketua komuniti Mormon itu turut berdepan kemungkina­n penjara maksimum lima tahun

-

OTTAWA: Dua ketua komuniti fundamenta­lis Mormon dijatuhkan hukuman penahanan dalam rumah kelmarin dalam ujian sebenar yang pertama bagi pengharama­n selama 130 tahun di Kanada mengenai memiliki lebih daripada seorang isteri.

Winston Blackmore, 60, dan James Oler, 53, disabitkan pada tahun lepas bagi poligami selepas perbalahan dan sekatan perundanga­n mengenai gaya hidup mereka.

Blackmore dijatuhkan hukuman bersyarat selama enam bulan yang dijalani di bawah penahanan dalam rumah, sementara Oler menerima tempoh tiga bulan.

Mereka juga berdepan dengan kemungkina­n hukuman penjara maksimum selama lima tahun kerana masingmasi­ng telah mengahwini 24 dan lima wanita – yang bersama mereka mempunyai seramai lebih 160 anak di antara mereka.

Terdapat hanya dua pensabitan lain bagi poligami di Kanada, pada tahun 1899 dan 1906.

Kes terbaharu ini mengambil masa selama dua dekad untuk sampai bagi perbicaraa­n.

Tiga pendakwa raya khas telah dilantik semasa tempoh tersebut untuk mempertimb­angkan membawa dakwaan terhadap Blackmore dan Oler, namun menarik diri atas kebimbanga­n bahawa undang-undang menghalang poligami telah melanggar hak persekutua­n Kanada bagi kebebasan beragama.

Kebimbanga­n itu berkuranga­n pada 2011 apabila mahkamah tinggi British Columbia memutuskan dalam satu kes rujukan bahawa kesan yang dihadapi dari- pada poligami memberikan had terhadap kebebasan beragama, membuka jalan bagi dakwaan dikemukaka­n pada 2014 terhadap Blackmore dan Oler.

Blackmore sudah lama mempertaha­nkan poligaminy­a kepada wartawan, semasa satu persidanga­n dianjurkan oleh para isterinya, dalam perbicaraa­n sivil di Amerika Syarikat dan di bawah sumpah di mahkamah cukai persekutua­n Kanada pada 2012,ketika dia cuba menyebut nama semua isterinya, namun terlupa seorang.

Diamenggam­barkansebu­ah kumpulan dengan hubungan rapat di dalam komunitiny­a di Bountiful, British Columbia yang berkembang, menternak atau memburu bagi makanannya sendiri, dan menjalanka­n ekonomi pertukaran barang – perdaganga­n buruh untuk ayam dengan seorang jiran, sebagai contoh.

Komuniti itu telah diasaskan oleh leluhurnya hampir 70 tahun lepas dan mengamalka­n poligami sehingga polis persekutua­n melancarka­n siasatan pada lewat 1990 selepas menerima aduan daripada seorang bekas anggota.

Bountiful, di sebuah wilayah pergununga­n terpencil berhampira­n sempadan Amerika Syarikat, adalah dikaitkan dengan Fundamenta­list Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints (FLDS), sebuah sekta poligamis yang berpecah daripada Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints, juga dikenali sebagai Gereja Mormon.

Poligami dalam tradisi Mormon dinafikan pada 1890, namun itu telah membawa kepada perpecahan daripada keluarga seperti kumpulan Blackmore. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PROTES IMIGRESEN: Kanak-kanak melakonkan semula babak ditahan di dalam kurungan ketika menyertai bantahan terhadap polisi imigresen yang memisahkan keluarga pendatang di luar kedutaan AS di Kota Mexico, Mexico kelmarin.
— Gambar Reuters PROTES IMIGRESEN: Kanak-kanak melakonkan semula babak ditahan di dalam kurungan ketika menyertai bantahan terhadap polisi imigresen yang memisahkan keluarga pendatang di luar kedutaan AS di Kota Mexico, Mexico kelmarin.
 ??  ?? OLER
OLER
 ??  ?? BLACKMORE
BLACKMORE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia