Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasas laman sesawang pornografi terbesar di Korea Selatan ditangkap

-

SEOUL: Seorang wanita yang mengasaska­n bersama laman sesawang pornografi terbesar di Korea Selatan ditangkap selepas tinggal sebagai orang buruan di New Zealand selama beberapa tahun, kata polis.

Soranet – ditubuhkan pada 1999 – memiliki berpuluh ribu video porno haram termasuk “porno dendam” dan video porno kamera pengintip bagi wanita yang dirakamkan secara rahsia di beberapa lokasi awam.

Penyebaran pornografi adalah haram di Korea Selatan, walaupun banyak video sebegitu yang diperolehi secara meluas dalam pelayan yang berpusat di negara-negara asing, atau dikongsi secara rahsia dalam laman perkongsia­n fail.

Soranet – yang pernah berbangga mempunyai lebih sejuta anggota – ditutup dua tahun lepas selepas aduan daripada kumpulan hak wanita.

Pemilik berusia 45 tahun – bernama Song – pulang ke Seoul pada minggu lepas selepas pihak berkuasa Korea Selatan memansuhka­n pasportnya.

Dia ditahan pada Isnin lepas kerana mengedar atau membantu penyebaran video seks menampilka­n orang bawah umur, menurut polis.

Suaminya dan satu pasangan lagi dikenali sebagai pemilik bersama laman – semua mereka mempunyai kerakyatan atau penempatan sementara Australia – masih berada di luar negara.

Mereka turut dituduh bersekongk­ol dalam aktiviti haram oleh anggota Soranet yang berkongsi video di mana wanita telah dirakamkan di dalam tandas awam, kelas, bilik persalinan, kereta api bawah tanah dan lokasi awam lain.

Beberapa anggota turut dituduh merancang bersama tindakan merogol secara berkumpula­n – sebahagian yang menyasarka­n orang bawah umur – dan memuat naik video mangsa ke dalam laman sesawang tersebut.

Pemilik tersebut dipercayai telah memperoleh­i puluhan juta dolar daripada iklan yang mempromosi laman sesawang yang menguruska­n pelacuran dan perjudian – kedua-duanya secara teknikal adalah haram namun tersebar meluas di Korea Selatan.

Dikenali sebagai video kamera intipan telah menjadi semakin biasa di negara ini, di mana lelaki merakam wanita secara rahsia – di sekolah dan tempat kerja, tandas dan bilik persalinan – menjadi tajuk utama dalam akhbar harian.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in pada bulan lepas berkata epidemik kamera intipan telah menjadi satu “bahagian dalam kehidupan harian” dan menggesa tindakan meluas dan hukuman yang lebih tegas terhadap pesalah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia