Utusan Borneo (Sarawak)

Hujan lebat hambat operasi menyelamat di gua Thailand

-

MAE SAI: Anggota penyelamat berusaha untuk membuang air dari sebuah gua yang dilanda banjir di Thailand di mana 12 kanak-kanak dan jurulatih bola sepak mereka terperangk­ap selama beberapa hari, ketika ahli keluarga yang terdesak masih berharap bahawa kanak-anak lelaki itu akan berjaya diselamatk­an tidak lama lagi.

Pasukan bola sepak muda, berusia di antara 11 dan 16 tahun, terperangk­ap di dalam gua Tham Luang di utara Thailand sejak malam Sabtu selepas hujan monsun menghalang pintu masuk utama.

Beratus-ratus anggota penyelamat bekerja sepanjang malam untuk memasang pam air bertekanan tinggi bagi mengurangk­an banjir di dalam gua, namun adalah satu usaha yang sia-sia apabila hujan berterusan melanda kawasan di utara wilayah Chiang Rai berhampira­n sempadan Laos dan Myanmar.

“Paras air yang naik merupakan halangan utama dalam operasi menyelamat, dan ia telah turun dengan lebat malam semalam,” Khanchit Chomphudae­ng, setiausaha wilayah yang bertanggun­gjawab bagi operasi menyelamat, memberitah­u AFP.

Beliau berkata 1,000 anggota telah dikerahkan bagi pencarian, termasuk pasukan udara dan darat serta penyelam. Pihak tentera turut mengarahka­n pasukan tentera operasi khas membantu usaha menyelamat itu.

Pasukan SEAL Tentera Laut Thai menyatakan dalam laman Facebook mereka bahawa paras air naik 15 sentimeter semalaman dan sebuah ruangan ketiga di dalam gua, dipercayai sepanjang beberapa kilometer, sekarang ditenggela­mi air.

Anggota tentera membawa hos besar ke dalam gua semalam bagi menyusutka­n air banjir yang semakin naik, menurut seorang wartawan AFP di tempat kejadian.

Ahli keluarga yang ke- bimbangan telah berkhemah selama beberapa hari berdoa bagi kepulangan pasukan itu dengan selamat.

“Saya berharap bahawa hari ini dengan bantuan semua pasukan dia akan diselamatk­an. Saya berasa pasti di dalam hati saya,” kata Pean Kamlue, ibu kepada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di dalam gua.

Operasi menyelamat telah menarik perhatian negara dan mendorong banyak kenyataan emosional dalam media sosial dan daripada beberapa pemimpin negara.

Pegawai pada lewat kelmarin berkata mereka telah mengesan bukaan kedua ke dalam gua dan akan cuba menurunkan penyelam dan bekalan melalui lubang semasa beberapa helikopter telah dikerahkan bagi meninjau kawasan.

Anggota tentera turut memeriksa tempat kejadian semalaman, mencari lebih banyak ruang masuk.

Pasukan bola sepak muda, dikenali sebagai “Boars”, dan jurulatih mereka berusia 25 tahun adalah biasa dengan kawasan itu dan sangat tahu mengenai gua tersebut, kata pihak berkuasa.

Mereka masuk ke dalam gua selepas latihan bola sepak pada Sabtu lepas dan ibu kepada salah seorang pemain muda itu memaklumka­n pihak berkuasa apabila anak lelakinya tidak pulang ke rumah.

Beberapa basikal, kasut dan beg sandang milik pemain bola sepak itu ditemui berhampira­n dengan pintu masuk gua, dan penyelam berkata mereka menemui tapak kaki dan tapak tangan di dalam salah satu bahagian pada Isnin lepas.

Satu papan tanda di pintu masuk gua memberi amaran kepada pelawat agar tidak memasuki gua semasa musim hujan dari Julai hingga November.

Hujan diramalkan sepanjang hari semalam. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? OPERASI MENYELAMAT: Anggota tentera mengangkat hos ke dalam gua Tham Luang untuk mengepam keluar air banjir akibat hujan lebat ketika operasi menyelamat 12 kanak-kanak yang terperangk­ap bersama jurulatih mereka di gua tersebut di wilayah Chiang Rai,...
— Gambar AFP OPERASI MENYELAMAT: Anggota tentera mengangkat hos ke dalam gua Tham Luang untuk mengepam keluar air banjir akibat hujan lebat ketika operasi menyelamat 12 kanak-kanak yang terperangk­ap bersama jurulatih mereka di gua tersebut di wilayah Chiang Rai,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia