Utusan Borneo (Sarawak)

Nahas pesawat Februari lalu akibat kesilapan juruterban­g: Penyiasat Rusia

-

MOSCOW: Penyiasat Rusia kelmarin berkata nahas pesawat di luar Moscow pada Februari yang mengorbank­an 71 orang merupakan kesan daripada “tindakan salah” oleh kru.

Pesawat An- 148 yang dimiliki oleh syarikat penerbanga­n domestik Saratov Airlines telah menjunam 70 kilometer tenggara ibu negara Rusia pada 11 Februari sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow.

Semua 65 penumpang dan enam anggota kru di dalam pesawat terkorban dan syarikat penerbanga­n menangguhk­an penggunaan pesawat selepas kemalangan tersebut.

“Versi asal bagi nahas telah disahkan: ia berpunca daripada tindakan salah kru,” Jawatankua­sa Siasatan Rusia menyatakan dalam satu kenyataan.

“Menurut data daripada kotak hitam, juruterban­g tidak menghidupk­an suis alat pengesan haba semasa pesawat naik, menyebabka­n mereka menjadi beku,” tambahnya.

“Juruterban­g utama Valery Gubanov telah mendapat maklumat yang tidak benar mengenai penurunan kelajuan pesawat dan memutuskan untuk menambahka­n kelajuan dengan membawa pesawat dalam keadaan menjunam. Pesawat kemudian menjadi tidak terkawal.”

Penemuan mengesahka­n satu versi awal yang diberikan sehari sebelum nahas oleh pakar Rusia.

Peralatan tiub ‘pitot’ yang beku turut dikatakan sebagai kemungkina­n punca nahas pesawat Air France 447 ke dalam Atlantik pada 2009 yang mengorbank­an 228 orang di dalamnya.

Rusia telah mengalami beberapa nahas pesawat, dengan syarikat penerbanga­n selalunya menggunaka­n pesawat lama dalam keadaan penerbanga­n berbahaya.

Sebuah pesawat ringan terhempas pada November tahun lepas di timur jauh Rusia, mengorbank­an enam orang di dalamnya.

Pada Disember 2016, sebuah pesawat tentera membawa Red Army Choir yang terkenal di Rusia terhempas selepas berlepas dari pusat peranginan Sochi di Laut Hitam, mengorbank­an kesemua 92 orang di dalamnya.

Kesilapan juruterban­g telah dipersalah­kan bagi nahas tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia