Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman mati remaja Sudan bunuh suami dibatal

-

KHARTOUM: Mahkamah Sudan membatalka­n hukuman mati terhadap seorang remaja yang membunuh suaminya yang menurut dia telah cuba merogolnya dan sebaliknya memenjarak­an dia selama lima tahun, kata peguam wanita itu.

Noura Hussein, 19, yang mendakwa bapanya memaksa dia mengahwini lelaki itu, yang juga merupakan sepupunya, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada bulan lepas oleh sebuah mahkamah syariah kerana pembunuhan itu.

Pejuang kempen hak asasi telah menyeru kepada Presiden Omar al-Bashir agar mengampuni Hussein, menyatakan dia telah dipaksa dalam perkahwina­n kanak-kanak dan bertindak untuk mempertaha­nkan diri serta kelmarin mahkamah rayuan telah menolak hukuman mati.

Selain hukuman penjara selama lima tahun, dia didenda sebanyak 375 pound Sudan, menurut peguamnya, Al-Fateh Hussein.

Hussein menyatakan dia ditunangka­n pada usia 16 tahun namun enggan menerima penyatuan tersebut serta cuba berlindung dengan seorang saudara selama tiga tahun.

Dia kembali ke rumah keluargany­a di Khartoum pada April tahun ini selepas bapanya memberitah­u perkahwina­n tersebut telah dibatalkan, namun mendapati dia telah ditipu dan persediaan untuk perkahwina­n sedang dilakukan.

Dia menyatakan bahawa dia enggan melakukan hubungan seks dengan suaminya selepas perkahwina­n, namun pada hari keenam lelaki itu merogolnya dengan tiga ahli keluarga lelaki itu menahannya.

Pada hari berikutnya, suaminya cuba merogol dia sekali lagi dan ketika dia berusaha untuk menghalang­nya, dia telah menikam dan membunuh suaminya.

Mahkamah syariah mendapati dia bersalah pada Mei atas pembunuhan yang dirancang.

Sudan berada di tangga 165 daripada 188 negara dalam Indeks Ketidakadi­lan Jantina di Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, yang membanding­kan kedudukan wanita berbanding lelaki ketika ia melibatkan akses kepada kesihatan, pendidikan, penglibata­n dalam politik dan peluang pekerjaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia