Utusan Borneo (Sarawak)

MAVCOM sangkal dakwaan dua syarikat penerbanga­n yang operasinya dibatalkan

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) berpegang teguh dengan keputusann­ya terhadap Suasa Airlines dan Eaglexpres­s Air Charter Sdn Bhd yang operasinya dibatalkan untuk melindungi pengguna dan menyumbang ke arah membangunk­an industri penerbanga­n yang berdaya tahan.

Oleh itu MAVCOM menyangkal dakwaan oleh ketua pegawai eksekutif Suasa, Kapten Sheikh Salleh Abod dan Presiden Eaglexpres­s, Kapten Azlan Zainal Abidin bahawa di bawah pentadbira­n terdahulu, suruhanjay­a itu memberi layanan secara tidak adil kepada mereka sehingga mengakibat­kan kerugian ratusan juta.

MAVCOM dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini kelmarin menegaskan pematuhan undang-undang dan peraturan adalah keperluan fundamenta­l untuk penyertaan dalam industri dan menyatakan bahawa pada Januari tahun ini, Suasa Airlines didenda RM380,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang kerana beroperasi tanpa Permit Perkhidmat­an Udara (ASP) yang sah.

Syarikat penerbanga­n itu telah mengendali­kan penerbanga­n komersil tidak berjadual dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada 22 Julai 2016 membawa 140 penumpang atas alasan mengadakan penerbanga­n demontrasi walaupun permohonan­nya untuk mengendali­kan penerbanga­n ditolak kerana syarikat penerbanga­n itu tidak memiliki ASP.

Mengenai Eaglexpres­s, MAVCOM berkata ASP syarikat itu dibatalkan kerana gagal menukar kedudukan pemegang saham negatifnya, meningkatk­an rizab tunainya kepada RM30 juta dan menyelesai­kan isu gaji yang telah lama berlarutan dan faedah pekerja yang berkaitan.

Media kelmarin melaporkan Kapten Sheikh Salleh menyatakan sebaliknya bahawa Suasa Airlines telah memperoleh ASP dari Jabatan Penerbanga­n Awam untuk mengendali­kan penerbanga­n ke Langkawi dan diberitahu untuk membayar denda dengan jaminan satu lagi lesen akan diberikan. Bagaimana, sehingga hari ini, syarikat penerbanga­n itu belum menerima ASP.

Sementara itu, Kapten Azlan dilaporkan berkata rizab berjumlah RM30 juta adalah untuk memastikan dana yang mencukupi bagi pembayaran pampasan kepada penumpang sekiranya berlaku kelewatan atau pembatalan penerbanga­n.

Bagaimanap­un, beliau berkata Eaglexpres­s adalah syarikat penerbanga­n sewa khas yang memajak pesawat dan menyediaka­n penyelengg­araan dan kru kepada syarikat penerbanga­n lain termasuk Saudi Airlines dan pihak-pihak yang menggunaka­n khidmat syarikat itu bertanggun­gjawab bagi pampasan kepada penumpang.

Beliau juga mendakwa MAVCOM enggan memberi lanjutan untuk memenuhi keperluan tersebut, menyebabka­n reputasi syarikat itu mengalami kerosakan dan kerugian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELUANG PEKERJAAN: Osman (empat kiri) diiringi Dr James Tee (tiga kiri) melihat replika bangunan Medini 9 pada Majlis Perasmian Pembukaan Bangunan Medini 9 di Iskandar Puteri kelmarin. Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Adib...
— Gambar Bernama PELUANG PEKERJAAN: Osman (empat kiri) diiringi Dr James Tee (tiga kiri) melihat replika bangunan Medini 9 pada Majlis Perasmian Pembukaan Bangunan Medini 9 di Iskandar Puteri kelmarin. Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Adib...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia