Utusan Borneo (Sarawak)

PKS memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada KDNK

-

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd memperuntu­kkan RM2.5 bilion untuk membangunk­an perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tahun kewangan berikutnya, bermula 1 Julai, 2018.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Domenic Fuda, berkata PKS memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dijangkaka­n meningkat pada masa akan datang.

“Ketika ini PKS menyumbang 37 peratus kepada KDNK dan dijangka melebihi 40 peratus pada masa depan.

“Jadi, amat penting kepada PKS memiliki medium yang tepat untuk perniagaan­nya terutama dalam era digital ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran penyelesai­an perniagaan digital Hong Leong semalam.

Perkhidmat­an itu menawarkan pelbagai medium iaitu HL ConnectsLi­te,yang menghubung­kan PKS menerusi platform tunggal, Biztory (e-perakaunan dan penyelesai­an invois), Kakitangan (platform sumber manusia), SimpleTax (alat cukai dalam talian) dan Digital Advert (penayangan digital di luar melibatkan 3,500 skrin di seluruh negara).

Harga untuk Digital Advert ialah serendah RM288 seminggu di tiga lokasi utama iaitu Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

“Perkhidmat­an tersebut akan menjadikan mereka lebih kompetitif, tangkas dan berkesan di pasaran,” kata Fuda.

Sementara itu, Pengurus Besar Hong Leong Group SME Banking Terrance Teoh berkata RM1 bilion diperuntuk­kan kepada SMElite, bagi menyokong pengembang­an pembiayaan hartanah dan keperluan modal kerja dalam PKS.

“Kami menyasarka­n 5,000 PKS untuk 12 bulan pertama. Skim ini dijamin oleh Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd menerusi Skim Jaminan Portfolio,” katanya.

SMElite akan melayakkan PKS untuk mendapat pin- jaman sehingga RM5 juta bagi pembelian hartanah dan pembiayaan semula dengan keperluan modal kerja sehingga 150 peratus margin pembiayaan.

“Kami percaya skim itu bakal menarik perhatian pelanggan PKS yang berhasrat meluaskan perniagaan mereka secara fizikal dan melihat kepada penyelesai­an estet sebenar.

“Pelanggan bukan hanya menerima harta yang relevan untuk tujuan pengembang­an, malah akan mempunyai akses terhadap modal kerja bagi memulakan pengembang­an perbelanja­an seperti penempatan semula, pengubahsu­aian dan kos lain yang berkaitan,” kata Teoh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia