Utusan Borneo (Sarawak)

MSM sasar eksport ke Afrika, China

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar gula bertapis, MSM Malaysia Holdings Bhd, merancang mengekspor­t produknya ke negara Afrika dan China dalam tempoh terdekat ekoran saingan yang semakin meningkat dalam pasaran tempatan.

Pengerusin­ya Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata syarikat itu yang memegang kepentinga­n majoriti dalam pasaran domestik, masih merangka strategi sama ada mahu menjadi pengeluar di pasaran asing atau hanya memberi perkhidmat­an kepada pasaran terbabit dari Malaysia.

“Kami mendapati permintaan dari negara Afrika semakin meningkat manakala China merupakan pasaran tersendiri memandangk­an ia sebelum ini dapat memenuhi permintaan tempatan, namun kini menjadi pengimport bersih gula,” katanya kepada pemebrita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini kelmarin.

Mengenai projek kilang penapisnya di Tanjung Langsat, Johor, Azhar berkata MSM kini dapat peringkat akhir penyiapan dan kilang itu akan sedia untuk pengeluara­n pada Julai.

Pengeluara­n di kilang penapis itu akan beransur-ansur mencapai kapasiti maksimum satu juta tan metrik dalam tempoh 24 bulan.

“Kilang di besar dan sudah ada pihak yang berminat untuk membeli kepentinga­n. Kami sedang berunding dengan pihak luar terbabit.

“Cadangan kami adalah untuk memaksimum­kan aset dan sumber kami,” katanya dan menambah kilang itu disasarkan memperoleh pulangan modal dalam tempoh enam tahun.

Sebaik operasi kilang penapis stabil, lembaga pengarah MSM akan mengumumka­n ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu syarikat itu, kata Azhar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia