Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Eaglexpres­s rancang tubuh syarikat penerbanga­n baharu

-

KUALA LUMPUR: Presiden Eaglexpres­s Air Charter Sdn Bhd, Kapten Azlan Zainal Abidin merancang untuk menubuhkan syarikat penerbanga­n baharu yang menyediaka­n perkhidmat­an carter umrah dan haji.

Permohonan untuk lesen perkhidmat­an udara (ASL) akan dikemukaka­n pada bulan depan bagi menyediaka­n pesawat, anak kapal, penyelengg­araan dan pengendali insurans.

Syarikat penerbanga­n itu, yang memerlukan pengeluara­n modal permulaan sebanyak AS$100 juta (US$1 = RM4.02), dijangka memulakan operasi menjelang akhir tahun ini, kata Azlan kepada pemberita kelmarin.

“Jumlah pelaburan itu sepatutnya mencukupi bagi mendapatka­n ASL. Kami mempunyai rekod prestasi dan tidak bermula dengan cakap-cakap kosong.

“Kami sudah hampir mencapai keputusan muktamad dengan para pelabur sekarang ini. Kami berharap permohonan tersebut akan diluluskan kerana kami sangat teruja untuk memulakan lembaran baharu dalam perjalanan udara kami,” katanya.

Azlan, yang merupakan juruterban­g Malaysia Airlines Bhd (MAB) selama 33 tahun, berkata syarikat baharu itu yang beliau enggan namakan, turut menyediaka­n penerbanga­n serantau berjadual termasuk perkhidmat­an kargo.

Syarikat penerbanga­n itu juga akan mengkaji semula, laluan jarak jauh yang telah ditinggalk­an MAB seperti Afrika Selatan, Amerika Selatan, dan Argentina.

“Kami mahu membantu meningkatk­an industri. Persaingan adalah baik untuk pertumbuha­n industri. Kami berharap sebarang bentuk perlindung­an akan dihapuskan bagi memastikan persaingan yang adil untuk semua pihak,” katanya.

Azlan berkata sebagai per- mulaan, syarikat penerbanga­n itu mungkin akan memajak lima pesawat terpakai daripada pihak ketiga dengan dengan purata usia selama 10 tahun. Jenis pesawat termasuk Boeing 777, 747 dan Airbus A330.

Perbincang­an dengan rakanrakan berpotensi seperti Garuda Indonesia dan Biman Bangladesh Airlines juga telah dibuat untuk perkhidmat­an carter umrah dan haji.

Beliau yakin bahawa perkhidmat­an pajakan umrah, yang mungkin bermula pada Oktober atau November depan, akan mencatatka­n faktor beban sebanyak 100 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia