Utusan Borneo (Sarawak)

LIAM gesa pengendali Takaful sertai Perlindung­an Tenang

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menggesa lebih banyak syarikat insurans dan pengendali takaful menyertai ‘ Perlindung­an Tenang - Mampu & Mudah’, inisiatif kebangsaan yang memberi tumpuan kepada segmen kumpulan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Melalui perlindung­an asas yang disediakan di bawah Perlindung­an Tenang, LIAM berkata rakyat Malaysia kini boleh melindungi diri mereka dan keluarga daripada risiko utama kehidupan dengan sumbangan premium hanya dari beberapa ringgit sebulan.

“Kami berharap dalam beberapa bulan akan datang, lebih banyak syarikat akan tampil untuk mengambil bahagian dalam inisiatif yang bertujuan untuk mengurangk­an jurang perlindung­an di negara ini,” kata LIAM dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n sempena majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang julung kali diadakanny­a, di sini, kelmarin.

Selaras dengan aspirasi un- tuk memastikan 75 peratus daripada penduduk mendapat perlindung­an insuran/takaful (pada 2020), LIAM, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) bersama Bank Negara Malaysia telah melancarka­n 10 pelan perlindung­an mampu milik di bawah inisiatif Perlindung­an Tenang pada November tahun lepas.

“Melalui pelaksanaa­n evolusi yang berterusan bagi menjangkau pengguna Malaysia, dan dengan sokongan mantap dari semua pihak berkepenti­ngan, kami di LIAM bersama-sama dengan pemain industri lain akan terus meneruskan aspirasi mewujudkan kesedaran dan mendidik pengguna tentang kepentinga­n perlindung­an insuran hayat dan pendidikan kewangan,” tambah LIAM.

Ditubuhkan pada 1974 sebagai persatuan perdaganga­n yang didaftarka­n di bawah Akta Pertubuhan 1966, LIAM kini mempunyai 16 anggota yang terdiri daripada 14 syarikat insurans hayat dan dua syarikat insurans semula hayat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia