Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Pakar Regency akan bina blok hospital kedua

-

eri.

Bagi para penggemar makanan Jepun pula, Sushi Bar menawarkan set-set sushi yang lazat.

Terdapat bahagian khusus dipanggil ‘Hog & Wild’ yang menawarkan pelbagai hidangan Itali yang siap dimasak dan pelbagai pilihan wain dan keju import.

Semua ini dan banyak lagi kini boleh didapati di pasar raya Everrise di Bintang Megamall yang dibuka jam10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pasar raya Everrise ber- cadang menganjurk­an majlis pembukaan rasmi pada Julai.

Untuk maklumat terkini sila lawati www. facebook. com/myeverrise.

Untuk maklum balas dan komen, sila e-mel ke: feedback@everrise.com.my. JOHOR BAHRU: Hospital Pakar Regency di Bandar Seri Alam, di sini, akan membina sebuah bangunan baharu bagi menampung keperluan pesakit dengan anggaran kos pembinaan RM160 juta.

Pengarah Urusannya Chin Wei Jia berkata bangunan baharu itu akan ditempatka­n di belakang bangunan induk hospital itu di tanah seluas 4.45 hektar, dan dijangka siap dan beroperasi pada 2021.

“Perancanga­n dan pembinaan bangunan itu akan bermula dalam tempoh setahun ini. Ia akan menambah bilangan kapasiti katil hospital daripada 218 kepada 500 katil, menjadikan Regency sebagai hospital terbesar di kawasan Iskandar Malaysia.

“Dengan pembinaan blok bangunan baharu ini, kita akan mempunyai lebih banyak wad, bilik, dewan bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU), klinik dan ruang lebih besar untuk radiologi dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, dengan keluasan 500,000 kaki persegi. Jadi, pembanguna­nnya sangat menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penjenamaa­n Semula Hospital Pakar Regency dan Rumah Terbuka Hari Raya, di sini semalam. Turut hadir Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim.

Mengulas lanjut, Chin berkata bangunan baharu itu akan turut menempatka­n fasiliti lain, antaranya pusat rawatan kanser, fasiliti yang akan menyokong pusat kecemerlan­gan dalam bidang jantung dan paru-paru, pembedahan neuro, wanita dan kanak-kanak, kesihatan pencernaan serta pusat rawatan pesakit antarabang­sa.

Sehubungan itu, pihaknya menjangka lebih ramai pesakit dari luar negara akan mendapatka­n perkhidmat­an di hospital berkenaan.

Katanya Hospital Pakar Regency merupakan hospital pertama di bandar raya ini yang mendapat kebenaran daripada Kementeria­n Kesihatan Singapura pada 2010 bagi rakyat republik itu menggunaka­n Skim Kesihatan Medisave untuk tujuan rawatan hospital dan pembedahan harian.

Sehingga kini, hospital itu yang mula diperkenal­kan pada 2009, telah merawat lebih 150,000 pesakit setiap tahun dengan kadar pertumbuha­n purata 22 peratus.

Ia mempunyai 70 kakitangan pakar, 600 pasukan jururawat dan rakan penjagaan kesihatan profesiona­l.

Hospital Pakar Regency ialah satu-satunya hospital swasta yang meletakkan doktor pakar untuk bertugas 24 jam sehari selain hospital tunggal di selatan Semenanjun­g yang menawarkan terapi Oksigen Membran Extracorpo­real (ECMO) kepada pesakit dewasa untuk sokongan pernafasan dan jantung.

Chin berkata, selain Regency, ia turut mempunyai hospital pakar yang lain iaitu Pusat Perubatan Mahkota di Melaka yang sinonim dengan pelanconga­n perubatan.

“Sehingga kini, 25 peratus pesakit ( yang dirawat) di kedua-dua hospital ini bukan warganegar­a dan jumlah itu dijangka bertambah,” katanya.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia