Utusan Borneo (Sarawak)

Projek memberi manfaat kepada rakyat, membuka peluang ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur ( ECRL) memberi khabar gembira kepada penduduk Pantai Timur serta Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang.

Bagi Yang Dipertua PKMM Abdul Ghafar Lambak, langkah kerajaan untuk mengkaji semula kos pembinaan rel sepanjang 688 kilometer, yang menghubung­kan pelabuhan Klang, Selangor, Pahang Terengganu dan Kelantan itu amat relevan agar ia tidak membebanka­n rakyat mahu pun negara.

“PKMM Pahang menyambut baik langkah kerajaan meneruskan semula projek ini kerana penduduk Pantai Timur memang mengharapk­an satu kemudahan pengangkut­an seperti di kawasan Pantai Barat sebelum ini,” katanya apabila diminta mengulas tentang keputusan kerajaan itu.

“Untuk golongan kontraktor, ini (projek) akan beri kelebihan kepada perniagaan mereka untuk mengangkut bahan- bahan binaan dari Lembah Klang dengan kos yang lebih efektif,” katanya.

Pada masa yang sama Abdul Ghaffar turut mengharapk­an kerajaan supaya membuka lebih banyak ruang kepada kontraktor Bumiputera dalam pelaksanaa­n projek berkenaan terutama dari segi kerja mula tanah seperti pembersiha­n lapangan, penanaman rumput, pembinaan longkang mahu pun jalan.

PKMM Pahang katanya, mempunyai 1,611 kontraktor, namun sehingga kini tidak ada seorang daripada mereka dihubungi untuk dilantik dalam projek-projek berkenaan walaupun ramai dalam kalangan mereka mempunyai pengalaman dalam projek berkenaan.

Projek ECRL memperuntu­kan kira-kira 30 peratus kerja kontrak kepada kontraktor tempatan, manakala kira-kira 70 peratus pekerja akan diambil dari Malaysia.

Proses tender bagi Pahang siap pada April dan kontraktor utama projek itu, China Communicat­ions Constructi­on Co, akan mengumumka­n pelantikan subkontrak­tor di Pahang tidak lama lagi.

Tender projek ECRL di negeri lain akan dilaksanak­an oleh CCCC tidak lama lagi.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitah­u sebuah portal berita bahawa kerajaan PH akan meneruskan ECRL selepas perbincang­an semula kosnya, dengan sejumlah RM20 bilion sudah pun dibayar.

Anggaran awal sebelum ini mendakwa ECRL, yang disokong China, boleh dilaksanak­an pada kos kurang RM40 bilion, namun angka itu melonjak RM60 bilion sehingga RM70 bilion.

Sementara itu, Yang Dipertuan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPM) Pahang Yusri Yusof turut berkongsi nada yang sama dengan PKMM Pahang bahawa keputusan kerajaan meneruskan semula projek itu membuka kembali peluang ekonomi kecil, sederhana dan besar kepada rakyat di Pantai Timur.

“Kita tahu laluan ECRL ini akan juga menghubung­kan antara Pelabuhan Klang serta Pelabuhan Kuantan dan memudahkan lagi usahawan tempatan yang terlibat dalam perniagaan ini sebelum ini untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

Namun seperti Abd Ghaffar beliau juga mengharapk­an kerajaan Pakatan Harapan tidak membelakan­gkan usahawan tempatan dalam kerjakerja pembinaan projek yang dijangka siap pada Jun 2024 itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia