Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan pekerja berkemahir­an tinggi akan tingkatkan premium gaji tahunan

-

KUALA LUMPUR: Potensi kekurangan 94,000 pekerja berkemahir­an tinggi menjelang 2030 akan memacu jumlah premium gaji tahunan kepada RM10.08 bilion, demikian menurut satu kaji selidik tentang gaji.

Premium gaji adalah jumlah yang majikan boleh dipaksa untuk membayar kepada kakitangan, melebihi kenaikan inflasi biasa.

Keputusan daripada kaji selidik Kenaikan Gaji firma perundinga­n organisasi global, Korn Ferry, mendapati premium gaji tahunan bagi tenaga kerja berkemahir­an tinggi dalam sektor kewan- gan, insurans, hartanah dan perniagaan di Malaysia akan berjumlah sebanyak RM1.89 bilion menjelang 2030.

Jumlah dalam sektor teknologi, media dan telekomuni­kasi dijangka mencecah RM744 juta dan dalam sektor pembuatan RM540 juta.

“Kekurangan ini akan diburukkan lagi dengan penghijrah­an keluar cendekiawa­n ke ekonomi berpendapa­tan tinggi dengan kekurangan tenaga kerja yang besar dan premium gaji,” kata Rakan Kongsi Pelanggan Kanan Korn Ferry Malaysia Mary Chua dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata pasaran pendapatan tinggi ini juga cenderung mempunyai penduduk berusia dan sudah ada contoh negara-negara yang telah pun mengambil langkah proaktif mengkaji semula dasar imigresen mereka bagi menambah bekalan tenaga kerja di negara mereka.

“Memandangk­an kemajuan teknologi, tenaga kerja yang menjadi pilihan ramai berkemungk­inan langsung tidak perlu berpindah untuk menjalanka­n tugas dalam era ekonomi digital tanpa sempadan pada hari ini,” kata Chua.

Malaysia tidak bersendiri­an dalam isu ini di rantau ini ker- ana ekonomi-ekonomi besar seperti China akan menyaksika­n tambahan bil premium gaji lebih daripada AS$342 bilion ( AS$ 1 = RM4.02) menjelang 2030, dan AS$468 bilion bagi Jepun.

Bagaimanap­un, pasaran kecil seperti Singapura, akan paling merasai tekanan, dengan negara itu dijangka berdepan premium gaji bersamaan kira-kira 10 peratus daripada ekonomi tahun 2017.

Kaji selidik gaji itu berpandang­an syarikat Malaysia perlu menumpukan kepada usaha menarik pekerja, mengajar kemahiran baharu dan mengekalka­n pekerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia