Utusan Borneo (Sarawak)

George dilantik Timbalan Speaker DUN Sabah

-

KOTA KINABALU: Datuk George Anthony Ginibun dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah RM Jasni di Istana Negeri, pagi Selasa.

Selepas angkat sumpah, beliau turut melafazkan ikrar jawatan dan menandatan­gani watikah pelantikan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Mairin @Martin Idang.

George, 76, berasal dari Penampang merupakan mantan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Pinjaman Sabah dan pernah berkhidmat di Jabatan Kesihatan serta Jabatan Pertanian sepanjang 37 tahun dalam perkhidmat­an awam.

Berpendidi­kan Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (MBA) dari University of Miami, Amerika Syarikat, beliau berharap pengalaman­nya sebagai mantan pengerusi tetap UPKO dapat membantu beliau menjalanka­n tugas berkenaan.

Selain George, Datuk Ahmad Abdul Rahman turut dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah baharu pada 8 Jun lalu.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Speaker DUN Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong, Menteri Undang- Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar serta Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick dan dif kenamaan yang lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Persatuan Setiausaha PDM P.189 Semporna diketuai Bani Millong mengadakan kunjungan kormat kepada Jaujan (tengah) untuk mengucapka­n tahniah atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan berharap beliau menerajui Kementeria­n Kerajaan...
TAHNIAH: Persatuan Setiausaha PDM P.189 Semporna diketuai Bani Millong mengadakan kunjungan kormat kepada Jaujan (tengah) untuk mengucapka­n tahniah atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan berharap beliau menerajui Kementeria­n Kerajaan...
 ??  ?? DILANTIK: George (kiri) menerima watikah pelantikan daripada Juhar (kanan).
DILANTIK: George (kiri) menerima watikah pelantikan daripada Juhar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia