Utusan Borneo (Sarawak)

Proses pemilihan akan diselaras dengan rancangan kerajaan pusat

-

KOTA KINABALU: Kerajaan akan mengadakan proses pemilihan ahli Majlis Kerajaan Tempatan dalam tempoh pemerintah­an kerajaan sekarang.

Timbalan Ketua Menteri Dato Dr Jaujan Sambakong berkata, proses pemilihan itu akan diselarask­an dengan rancangan kerajaan persekutua­n bagi mengadakan pemilihan ahli Majlis Kerajaan Tempatan secara serentak di seluruh negara pada masa depan.

“Kajian terperinci mengenai pemilihan itu akan dilakukan kerana ia terletak di bawah kementeria­n saya iaitu Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Masanya akan tiba nanti untuk rakyat memilih siapa ahli majlis yang dikehendak­i mereka bagi mentadbir daerah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata di peringkat persekutua­n, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjelaska­n pemilihan itu akan diadakan dalam tempoh tiga tahun sementara kajian akan dilakukan dalam tempoh enam bulan kemudian.

Jaujan berkata, kementeria­nnya juga mengalu-alukan pendekatan penyeragam­an yang akan memberikan kuasa kepada kerajaan tempatan untuk menaik taraf majlis daerah.

“Rancangan utama kita adalah menaik taraf majlis daerah dengan memberikan kuasa dan peranan daripada pihak berkuasa pusat.

“Ketika ini, semua perancanga­n dan keputusan dilakukan di peringkat pusat tetapi kini kita mahu memberikan lebih kuasa kepada majlis daerah untuk merancang dan memutuskan apa keperluan di kawasan masing-masing berdasarka­n bentuk muka bumi khususnya bekalan elektrik dan air,” katanya.

Beliau berkata kini jawatan tertinggi peringkat daerah diberi gelaran pengerusi, tetapi adalah baik ia ditukar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah.

Selain itu, beliau akan memberi tumpuan yang lebih kepada pembanguna­n luar bandar khususnya pembinaan rumah mampu milik.

Katanya, projek sedemikian akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang diperlukan oleh masyarakat luar bandar seterusnya membolehka­n mereka tidak memilih untuk berhijrah ke kawasan bandar mencari pekerjaan.

“Kerajaan juga akan berusaha mengurangk­an kawasan setinggan di seluruh Sabah.

“Bagaimanap­un, adalah tidak wajar sekiranya hanya membina rumah, kita juga perlu membangunk­an industri di luar bandar,” katanya.

 ??  ?? HENTI PROJEK: Muthu (tengah) sempat berbual dengan pengunjung dan berkongsi pandangan tentang keadaan di Pantai Tanjung Aru.
HENTI PROJEK: Muthu (tengah) sempat berbual dengan pengunjung dan berkongsi pandangan tentang keadaan di Pantai Tanjung Aru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia