Utusan Borneo (Sarawak)

Dokumen khas dikeluarka­n kepada pekerja asing sektor peladangan

-

KOTA KINABALU: Kerajaan akan mengeluark­an dokumen khas kepada pekerja asing sektor peladangan di negeri ini dalam usaha membantu menjadikan industri komoditi itu lebih berdaya saing.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau menerima banyak rungutan dan aduan daripada pihak pengusaha yang menjelaska­n bahawa mereka tidak mempunyai pekerja yang mencukupi dalam ladang masing-masing.

“Keadaan itu menjadikan sektor peladangan Sabah tidak berdaya saing khususnya harga komoditi itu berbanding negara jiran.

“Oleh itu, setelah berbincang, kita akan mengeluark­an satu dokumen khas kepada pekerja asing yang sedia ada di setiap ladang.

“Sekiranya ladang berkenaan tidak mempunyai pekerja, kita akan mencari cara untuk mempelawa mereka untuk bekerja di ladang itu,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Majlis Perjumpaan dan Taklimat daripada Jawatankua­sa Keselamata­n Dalam Negeri, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, dokumen itu tidak berbentuk tetap sebaliknya hanya pas bekerja dalam sektor ladang.

Katanya, kerajaan akan memperinci­kan syarat-syaratnya agar keselesaan dapat diberikan kepada mereka untuk bekerja di ladang bagi satu tempoh masa yang ditetapkan.

“Kini, terdapat pekerja dari ladang yang tidak penuhi syarat sedia ada seperti tidak dibenarkan membawa keluarga dan juga sekatan lain,” katanya.

Shafie yang juga Menteri Kewangan menjelaska­n keadaan keselamata­n negeri ini masih dalam kawalan yang baik walaupun wujudnya kejadian jenayah seperti rompakan, kecurian dan sebagainya.

Katanya, walaupun ada kejadian seumpamany­a, kadarnya masih dalam kawalan yang baik.

Menurutnya, kawalan sempadan juga dalam keadaan yang baik dengan langkah-langkah diambil untuk mengelakka­n daripada kes penculikan.

“Kita akan sentiasa memastikan sempadan negara kita dikawal baik dengan mening- katkan sistem keselamata­n di sini,” katanya.

Setakat 2017, statistik pengeluara­n pas lawatan kerja sementara oleh pihak berkuasa di sini adalah berjumlah 137,676 dan daripada jumlah itu sektor perladanga­n adalah sebanyak 76,603.

Baki jumlah itu adalah masing-masing dari sektor pembantu rumah (8,007), pertanian (31,582), pembuatan (11,394), pembinaan (6,150) dan perkhidmat­an (3,940).

 ??  ?? BANTU INDUSTRI: Shafie (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman (kanan) dan Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (Sabah) Datuk Rodzi Md Saad (kiri).
BANTU INDUSTRI: Shafie (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman (kanan) dan Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (Sabah) Datuk Rodzi Md Saad (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia