Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat sokong tindakan hentikan projek TAED

-

KOTAKINABA­LU: Tindakan kerajaan negeri menghentik­an projek Tanjung Aru Eco Developmen­t (TAED) mendapat sokongan rakyat.

‘ Save Open Space Kota Kinabalu’ iaitu badan bukan kerajaan ( NGO) berkaitan pemulihara­an alam sekitar antara pihak yang tampil menyuaraka­n sokongan terhadap keputusan berkenaan.

Penyelaras Save Open Space Kota Kinabalu SM Muthu berkata, semakin ramai pengunjung datang ke Pantai Tanjung Aru terutamany­a para pelancong.

“Ini menunjukka­n ramai yang mahukan kawasan pantai ini kekal dibuka kepada orang awam.

“Kami juga amat berterima kasih kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong yang tetap dengan pendiriann­ya supaya projek TAED ini dihentikan.

“Kini kawasan Pantai Tanjung Aru dikembalik­an kepada penyelengg­araan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),” jelasnya kepada media di sini pada Selasa.

Pada masa sama katanya, tindakan segera Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew membuktika­n keprihatin­an kerajaan negeri terhadap isu terbabit.

Menurutnya, apa yang diperlukan di kawasan itu ialah penjagaan kebersihan pantai, kemudahan awam, taman permainan serta kawalan keselamata­n.

“Apa sahaja yang dibangunka­n untuk kawasan ini nanti, ia perlu ada sistem penyelengg­araan yang baik bagi mengekalka­n keindahan Pantai Tanjung Aru.

“DBKK berperanan penting dalam memantau secara berterusan dan mengekalka­n kebersihan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga amat berharap Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal akan memberikan kenyataan rasmi berhubung pembanguna­n di Pantai Tanjung Aru kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia