Utusan Borneo (Sarawak)

AZAFAREZAL SANDARAN JENTERA SKUAD B

Bintang muda dari Betong diserap daripada skuad Piala Belia untuk baki kempen Piala Presiden Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Skuad Piala Presiden Sarawak mengikat penyerang muda, Azafarezal Harun sebagai sandaran untuk mengharung­i baki perlawanan kempen yang akan berakhir pada hujung bulan depan.

Pemain kelahiran Kampung Manggut Spaoh, Betong itu mendapat kepercayaa­n barisan jurulatih skuad B itu selepas beliau mempamer aksi cemerlang ketika beraksi dalam saingan Piala Belia.

Kelincahan dan kepantasan dimiliki Azafarezal akan menjadi senjata utama Sarawak di jentera serangan.

Kemampuan pemain berusia 20 tahun itu bakal diuji apabila Sarawak melayan kunjungan Perak pada perlawanan berlangsun­g di Stadium Negeri, Petra Jaya 19 Julai depan.

“Terima kasih kepada pihak Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS) termasuk jurulatih kerana memberi saya peluang untuk menyertai skuad Piala Presiden.

“Sudah tentu saya akan berusaha memberikan yang

Sudah tentu saya akan berusaha memberikan yang terbaik kepada pasukan dan fokus pada setiap perlawanan jika diberi peluang untuk turun dalam kesebelasa­n utama. Azafarezal Harun Penyerang muda skuad Piala Presiden Sarawak

terbaik kepada pasukan dan fokus pada setiap perlawanan jika diberi peluang untuk turun dalam kesebelasa­n utama,” ujar Azafarezal kepada Utusan Borneo semalam.

Menurut Azafarezal, beliau akan mengg u n a k a n sepenuhnya pengalaman ketika mewakili skuad Piala Belia (2016/2017) untuk membantu skuad barunya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Abang Fomay Abang Sa’adeli berharap kehadiran Azafarezal akan dapat mengatasi masalah jentera serangan skuad itu ketika ini. “Kita berharap kehad i r a n n y a ( Azafarezal Harun) akan dapat mengatasi m a s a l a h skuad di jentera serangan. “Beliau seorang pemain yang berbakat dan boleh pergi dengan lebih jauh jika terus mengekalka­n persembaha­n konsisten dalam setiap perlawanan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BINTANG BAHARU: Azafarezal (depan) bakal memperkuat­kan jentera serangan skuad Piala Presiden Sarawak.
BINTANG BAHARU: Azafarezal (depan) bakal memperkuat­kan jentera serangan skuad Piala Presiden Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia