Utusan Borneo (Sarawak)

TINGANG MADANG GIAT PROMOSI TARIAN ETNIK

- Oleh Connie Sylvia Mesa

DINOBATKAN sebagai juara kategori Tarian Etnik menerusi tarian ‘Hivan Joh’ atau tarian panjang pada ‘Internatio­nal Borneo Fest 2018’ di Suria KLCC baru-baru ini, menyuntik semangat kumpulan Tingang Madang untuk terus aktif mempromosi­kan tarian berkenaan.

Pengurus merangkap Koordinato­r kumpulan Jok Eng Jok berkata, kemenangan itu turut membuktika­n tarian berkenaan masih relevan untuk dipromosik­an oleh kumpulan tersebut.

“Ini juga membuktika­n yang kumpulan kami ini masih unggul untuk terus mencapai kecemerlan­gan dalam bidang tarian etnik.

“Sudah pasti saya berbangga dengan pencapaian mereka dan akan berusaha membantu mempromosi­kan kumpulan Tingang Madang dalam penglibata­n kebudayaan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu antarabang­sa agar lebih dikenali di seluruh dunia,” jelasnya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Selain menjadi johan kategori Tarian Etnik, kumpulan Tingang Madang turut memenangi Busana Terbaik dalam kategori terbabit.

Kumpulan Tingang Madang merupakan antara 13 kumpulan yang mewakili pelbagai suku kaum dari Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia yang terlibat menjayakan program anjuran Borneo Street KL pada 25 dan 26 Jun lalu.

Kumpulan tersebut terlibat dalam dua acara yang dipertandi­ngkan iaitu Kategori Tarian Etnik dan Kategori Drama Tari.

Menerusi kategori Drama Tari, Tingang Madang mempersemb­ahkan drama yang bertajuk ‘Kisah Seorang Jejaka Memikat Seorang Gadis’ dalam bentuk tarian.

Antara lain yang dipertandi­ngkan ialah ‘Miss & Mr Ambassador­s’, ‘Borneo Designers Awards’, ‘Borneo Ethnic Dance Awards’ dan juga geraigerai jualan makanan serta kraf tangan.

Program Internatio­nal Borneo Fest 2018 telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, manakala majlis penutupan disempurna­kan oleh Pengerusi PKR Sarawak merangkap Ahli Parlimen Selangau Baru Bian.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Jok (lima kiri) serta yang lain bergambar bersama Kumpulan Tingang Madang sebelum persembaha­n bermula.
UNTUK ALBUM: Jok (lima kiri) serta yang lain bergambar bersama Kumpulan Tingang Madang sebelum persembaha­n bermula.
 ??  ?? BERSEDIA: Kumpulan Tingang Madang bersedia untuk membuat persembaha­n drama tari. (Gambar atas)
BERSEDIA: Kumpulan Tingang Madang bersedia untuk membuat persembaha­n drama tari. (Gambar atas)
 ??  ?? LEMAH LEMBUT: Tingang Madang mempersemb­ahkan tarian ‘Hivan Joh’ atau tarian panjang pada ‘Internatio­nal Borneo Fest 2018.’
LEMAH LEMBUT: Tingang Madang mempersemb­ahkan tarian ‘Hivan Joh’ atau tarian panjang pada ‘Internatio­nal Borneo Fest 2018.’
 ??  ?? TAHNIAH: Baru (lima kiri) menyampaik­an hadiah kepada kumpulan Tingang Madang.
TAHNIAH: Baru (lima kiri) menyampaik­an hadiah kepada kumpulan Tingang Madang.
 ??  ?? TERBAIK: Jok (kanan) bergambar bersama kumpulan Tingang Madang yang dinobatkan sebagai juara Kategori Tarian Etnik pada program ‘Internatio­nal Borneo Fest 2018’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Gambar kanan)
TERBAIK: Jok (kanan) bergambar bersama kumpulan Tingang Madang yang dinobatkan sebagai juara Kategori Tarian Etnik pada program ‘Internatio­nal Borneo Fest 2018’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Gambar kanan)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia