Utusan Borneo (Sarawak)

Alvin berduet dengan Isabela Vinzon

-

dikenali selepas membintang­i sebagai sahabat kepada watak Fatah Amin dalam drama ‘Suri Hati Mr. Pilot’, Alvin Chong kini semakin aktif dalam bidang hiburan Selain berlakon, beliau juga turut mempunyai bakat dalam nyanyian, tarian dan juga pengacaraa­n.

Alvin memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan dengan menyertai pertanding­an nyanyi sebelum ditawarkan berlakon dalam drama televisyen.

Bernaung di bawah label Universal Music Malaysia, Alvin telah pun mengeluark­an lagu singel ‘Mencintaim­u’ yang merupakan lagu runut bunyi drama bersiri ‘My Coffee Prince’ yang turut dibintangi oleh Fatah Amin dan Janna Nick.

Dan terbaharu, Alvin mengeluark­an satu single baharu berjudul ‘We Got This’ di mana beliau berduet bersama seorang penyanyi muda dari Filipina bernama Isabela Vinzon.

Isabela Vinzon, mula dikenali sebagai pemenang tempat kedua dalam program realiti ‘The Voice Teens’ di Filipina.

Selepas program itu, Isabela telah mengeluark­an sebuah single berjudul ‘Right Now’ di bawah label MCA Music Inc. (Universal Music Philippine­s).

‘We Got This’, yang menunjukka­n versatilit­i kedua-dua mereka sebagai penyanyi, diterbitka­n oleh Bryan B yang sebelum ini pernah bekerjasam­a dengan artis-artis terkemuka Asia seperti DeFAM , Darren Espanto, Brandon Beal & Sean Kingston.

‘We Got This’ adalah satu kolaborasi yang dibawakan oleh Universal Music Malaysia dan MCA Music.

Lagu itu kini boleh didapati untuk muat turun dan juga striming.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DUET: ‘We Got This’ menunjukka­n versatilit­i Alvin dan Isabela sebagai penyanyi.
DUET: ‘We Got This’ menunjukka­n versatilit­i Alvin dan Isabela sebagai penyanyi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia