Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ teruskan semua program di Sarawak

-

KUCHING: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan meneruskan semua program yang telah dijalankan di Sarawak termasuk Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ), kata Pengarahny­a Mohd Syafiq Anas Abdullah.

Namun demikian, katanya bagi program baharu, ia perlu ditangguhk­an untuk penambahba­ikan dari segi sasaran peserta termasuk kos dan pelaksanaa­nnya.

“Buat masa ini semua program yang berjalan akan diteruskan, cuma untuk program baharu kita tangguhkan sebab mungkin ada penambahba­ikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual sempena Majlis Ramah-Tamah Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri JPJ Sarawak, di ibu pejabatnya di sini semalam.

Menurut Mohd Syafiq, setakat tahun ini JPJ Sarawak telah menjalanka­n empat program SKSJ di lokasi-lokasi yang dirancang iaitu Asajaya, Limbang, Debak dan Serembu.

Katanya, program tersebut juga telah memberi manfaat kepada lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada masyarakat luar bandar.

“Sepatutnya tahun ini, kita melaksanak­an tujuh program SKSJ tetapi disebabkan ada pertukaran kerajaan perse- kutuan dan menteri (Menteri Pengangkut­an yang baharu, Anthony Loke) juga telah mengumumka­n untuk melihat balik program sedia ada yang diluluskan menteri sebelum ini, maka kita akan tangguhkan sementara waktu semua program berkaitan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Syafiq turut mengingatk­an warga JPJ Sarawak supaya tidak lupa kepada tanggungja­wab yang diamanahka­n kerajaan kepada jabatan.

“Saya berharap agar warga JPJ Sarawak sentiasa menjaga imej dan nama baik jabatan memandangk­an di sinilah tempat kita berkhidmat dan mencari rezeki,” katanya.

Mengenai Majlis RamahTamah Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri JPJ Sarawak, Mohd Syafiq berkata ia adalah untuk memberi peluang kepada semua warga kerja JPJ Sarawak merapatkan silaturahi­m serta mewujudkan semangat kekeluarga­an dan mengukuhka­n perpaduan.

Turut hadir Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Mat, Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Davina Agnes, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) Noriah Ahmad serta wakilwakil daripada agensi kerajaan yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD SYAFIQ
MOHD SYAFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia