Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki nyaris maut kereta terperosok belakang lori

-

KUCHING: Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terperosok di belakang sebuah lori berdekatan persimpang­an lampu isyarat Jalan Tun Salahuddin di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa semasa kejadian memandu keretanya seorang diri apabila dikatakan gagal mengawal keretanya lalu melanggar belakang lori tersebut sekitar jam 1.17 petang.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar belakang sebuah lori tiga tan, di mana pemandu kereta mengalami kecederaan ringan dan berjaya keluar dengan sendiri dari kereta.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya meghantarn­ya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang wanita yang cuba terjun dari tingkat dua sebuah bangunan komersial di Metro City, Matang di sini berjaya dipujuk pihak bomba serta suaminya dalam satu insiden sekitar jam 3.07 petang semalam.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian.

“Mangsa yang berjaya dipujuk kemudianny­a menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan diberi khidmat nasihat berkaitan dengan tindakanny­a itu sebelum diserahkan kepada suaminya,” katanya.

 ??  ?? TERPEROSOK: Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan tersebut.
TERPEROSOK: Keadaan kereta mangsa dalam kemalangan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia