Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir kilat kembali jejas Kampung Tabahan

-

LIMBANG: Banjir kilat selama lebih dua jam kelmarin menjadi detik perit bagi penduduk Kampung Tabahan dekat sini yang berdepan kerosakan harta benda serta mengakibat­kan kerugian ribuan ringgit.

Sebanyak 10 rumah dimasuki air yang melimpah dari jalan raya berhampira­n mengakibat­kan penduduk tidak sempat menyelamat­kan pelbagai peralatan elektrik dan perabot yang turut rosak sekelip mata.

Turut mengalami kerosakan sebuah kereta milik salah seorang penduduk yang diparkir di halaman rumah dalam banjir yang berlaku sekitar jam 3 petang.

Ketua masyarakat di kawasan itu Penghulu Abu Tinggal berkata, kejadian banjir kilat kelmarin merupakan kejadian biasa yang dialami saban tahun.

“Ini merupakan banjir kali ketiga dalam tempoh dua tahun ini.

“Tahun lepas penduduk menangis kerana berdepan banjir kilat terburuk yang dialami dua kali sepanjang tempoh itu,” katanya kepada media semalam.

Beliau berkata, kead- aan Sungai Tabahan yang semakin sempit di kawasan hilir menyebabka­n air melimpah deras ke kawasan jalan menyebabka­n banjir berlaku setiap kali hujan lebat.

“Perkara ini sudah kerap disuarakan kepada agensi berkenaan dan kertas kerja pernah dihantar untuk menangani masalah banjir kilat di kawasan terjejas dengan membabitka­n peruntukan RM5 juta,”ujarnya.

Beliau memberitah­u, agensi berkenaan juga pernah melakukan kerja pembersiha­n sungai dan parit Tabahan sebanyak dua kali sebelum ini.

Bagaimanap­un menurut sumber, pemilik tanah di kawasan Sungai Tabahan tidak berada di Limbang untuk membolehka­n kerja pembersiha­n sungai dijalankan di tanah milik perseorang­an.

Selain itu, kerja mengganti tanah di kawasan pembersiha­n sungai memerlukan kos tinggi menyebabka­n kerja berkenaan sukar dilaksanak­an.

Sementara itu, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah ketika mengulas kejadian itu mahu agensi kerajaan melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan kajian menyeluruh di kawasan terbabit.

“Kita sudah minta dengan JPS dan JKR sebelum ini agar membuat kajian menyeluruh bagi menangani masalah banjir di jalan persekutua­n berhubung keadaan sungai di kawasan berkenaan.

“Ia membabitka­n sungai Sembiling, Emok dan Tabahan sama ada tersumbat ataupun menjalanka­n kerja pembersiha­n sungai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin Jalan Pandaruan yang menghubung­kan bandar Limbang dengan daerah Temburong Brunei dan Lawas dilanda banjir kilat susulan hujan lebat.

Keadaan itu turut mengakibat­kan kesesakan di laluan terbabit yang berlarutan sehingga lewat petang.

Selain polis, empat anggota bomba diketuai Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Tujuh Limbang Azman Ibrahim turut mengawal kesesakan lalu lintas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia