Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta

Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

- Oleh Jeremy Lanson

KOTA SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas dari arah bertentang­an di Jalan Residen, Off Kilometer 1 di sini sekitar jam 9.40 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Azhar Medhi, 38, dan berasal dari Kampung Pangkalan Kuap.

Menurutnya, semasa kejadian kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu seorang wanita itu bergerak dari arah Pangkalan Feri Kota Samarahan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Mohd Musa.

“Ketika melalui selekoh di Jalan Residen, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentang­an sehingga melanggar motosikal yang ditunggang­i mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Alexson, anggot-

Ketika melalui selekoh di Jalan Residen, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentang­an sehingga melanggar motosikal yang ditunggang­i mangsa. Superinten­den Alexson Naga Chabu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak

anya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan turut hadir di lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan.

“Cuaca ketika itu adalah hujan renyai- renyai dan permukaan jalan raya juga basah,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes tersebut masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? REMUK: Keadaan kereta MPV yang merempuh mangsa remuk teruk.
REMUK: Keadaan kereta MPV yang merempuh mangsa remuk teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia