Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tidak ada kuasa menghalang kemasukan PPBM

Sekali lagi terpulang kepada rakyat negeri ini untuk memilih, kata Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak tiada kuasa undang-undang untuk menghalang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) daripada melebarkan sayapnya ke negeri ini.

Bagaimanap­un kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ia sekali lagi terpulang kepada rakyat negeri ini untuk memilih.

“Berdasarka­n undang-undang kita tidak boleh mengatakan tidak tetapi terpulang kepada rakyat Sarawak untuk memilih.

“Sama ada mereka mahu mahu parti itu atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Gawai Raya Jabatan Ketua Menteri 2018 yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini, semalam.

Berdasarka­n undang-undang kita tidak boleh mengatakan tidak tetapi terpulang kepada rakyat Sarawak untuk memilih. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Menurut Abang Johari, sebolehnya Sarawak tidak mahu parti berasaskan Semenanjun­g Malaysia datang ke negeri ini.

Ia kerana ujar beliau, parti berasaskan Sarawak masih dapat membela rakyat.

“Namun biar rakyat yang menilai dan kita tidak boleh mengatakan tidak dari segi undang-undang, mereka boleh datang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Gabungan Parti Sarawak (GPS), ia kini dalam proses untuk pendaftara­n kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

“Ia dalam proses ( pen- daftaran) belum lagi dikemukaka­n kerana logo masih belum siap, ia masih lagi dipertandi­ngkan,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri merangkap Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti berkenaan merancang untuk ke Sarawak kerana terdapat permintaan dan parti lain dalam gabungan PH sudah bertapak di negeri ini.

Bagaimanap­un katanya parti itu tidak akan ke Sabah memandangk­an kerajaan negeri semasa ditadbir oleh Parti Warisan Sabah (WARISAN) adalah parti sahabat yang menyokong PH.

 ??  ?? LAWAT: Abang Johari (tiga kiri) serta isterinya, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang (empat kiri) mengiringi Tun Taib melawat gerai yang disediakan. Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani (kiri).
LAWAT: Abang Johari (tiga kiri) serta isterinya, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang (empat kiri) mengiringi Tun Taib melawat gerai yang disediakan. Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia