Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet Sarawak setuju pindaan Kanun Tanah Negeri dibentangk­an pada Julai

-

KUCHING: Kabinet Sarawak telah bersetuju agar pindaan Kanun Tanah Negeri dibentangk­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) yang berlangsun­g Julai depan.

Pindaan Kanun Tanah Negeri berkenaan dijangka akan menyelesai­kan masalah tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) iaitu Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia hasil daripada mesyuarat kabinet negeri yang diadakan semalam.

“Tiada banyak perkara dalam mesyuarat, ia cuma mesyuarat kabinet biasa.

“Kecuali satu perkara iaitu kita akan membentang­kan pindaan Kanun Tanah Negeri mengenai Pemakai Menoa dan Pulau Galau untuk dibentang pada Persidanga­n DUN Julai nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Gawai Raya Jabatan Ketua Menteri 2018 yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini, semalam.

Sebelum ini pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak 2018, Abang Johari berkata beliau akan mengemukak­an perkara itu untuk dibincangk­an pada mesyuarat kabinet.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pulau Galau dan Pemakai Menoa Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui pada majlis yang sama berkata, beliau enggan mengulas lanjut sehingga rang undang-undang berkenaan dibentangk­an.

“Saya telah membentang­kan draf cadangan rang undang-undang pindaan dan kabinet (semasa mesyuarat) bersetuju.

“Ia dijadualka­n untuk dibentang pada Persidanga­n DUN akan datang… saya tidak dapat memberi butiran lanjut sehingga persidanga­n,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata perkara itu masih sulit sehingga ia dibentangk­an beliau pada persidanga­n nanti.

Sementara itu majlis Gawai Raya Jabatan Ketua Menteri semalam turut dihadiri menteri-menteri kabinet lain.

Pelbagai persembaha­n diadakan selain daripada menyediaka­n 19 gerai makanan dan minuman untuk tetamu yang hadir.

 ??  ?? TUMPUAN: AbangJohar­imenjawab pertanyaan ketika ditemui pemberita selepas majlis.
TUMPUAN: AbangJohar­imenjawab pertanyaan ketika ditemui pemberita selepas majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia