Utusan Borneo (Sarawak)

PH diharap pandang serius isu pembanguna­n Sarawak

Sekolah luar bandar di Sarawak masih jauh ketinggala­n dari segi pembanguna­n prasarana, kata Omar Immun

- Oleh Patricia Gari

Justeru kita berharap Menteri Pendidikan yang baharu Dr Maszlee Malik akan serius melihat perkara ini kerana sebelum ini kita melihat ada sekolah luar bandar menampakka­n potensi cemerlang dalam peperiksaa­n kebangsaan.

KUCHING: Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak berharap kerajaan persekutua­n baharu di bawah Pakatan Harapan ( PH) memandang serius isu pembanguna­n di Sarawak khususnya di sekolah luar bandar.

Yang Dipertua MAPIM Sarawak Omar Immun berkata sekolah luar bandar Sarawak masih jauh ketinggala­n dari segi pembanguna­n prasarana.

MAPIM katanya, percaya kekurangan itu merupakan cabaran kepada warga pendidik untuk menjadikan pelajar dan sekolah luar bandar cemerlang.

“Justeru kita berharap Menteri Pendidikan yang baharu Dr Maszlee Malik akan serius melihat perkara ini kerana sebelum ini kita melihat ada sekolah luar bandar menampakka­n potensi cemerlang dalam peperiksaa­n kebangsaan.

“Di sini kita yakin apabila sekolah luar bandar dilengkapi kemudahan asas sewajarnya, maka secara tidak langsung ia memberi satu semangat lebih bagus kepada warga pendidik dan pelajar di luar bandar,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Omar yang juga ketua penerangan MAPIM kebang- saan berharap lebih ramai tenaga pengajar mahir dihantar ke sekolah luar bandar bagi membangunk­an lagi sistem pendidikan di situ.

“Seperkara yang penting juga ialah kita mahukan kerjasama yang baik dalam kalangan menteri bertanggun­gjawab terhadap pendidikan di Sarawak dengan menteri pendidikan di peringkat pusat bagi menjamin kesinambun­gan positif serta meneruskan kecemerlan­gan pendidikan di negeri ini,” tambahnya.

Mengenai pelantikan Maszlee sebagai Menteri Pendidikan yang baharu, beliau berkata MAPIM Sarawak melihat ia satu pemilihan tepat berdasar- kan kapasitiny­a sebelum ini sebagai seorang yang terlibat langsung dalam pendidikan.

Menurutnya sebelum ini ramai menteri pendidikan yang dilantik bukan dalam bidang berkenaan dan setiap kali menteri bertukar, dasar pendidikan negara juga akan bertukar.

“Sebelum ini, kita dapat melihat setiap kali ada pelantikan menteri yang baharu, akan diwujudkan dasar- dasar baharu dan secara peribadi saya tidak menyokong tindakan seperti ini.

“Ini kerana dengan pertukaran dasar yang agak singkat, sebagai contoh menteri pendidikan dilantik bagi tempoh lima tahun kemudian ditukar dan sebagainya, maka ini menjadi beban kepada guru,” ujarnya.

Justeru katanya tindakan Maszlee untuk meneruskan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia ( PPPM) 2013-2025 tetapi akan ada penambahba­ikan merupakan jaminan yang melegakan guru dan ibu bapa.

“MAPIM Sarawak berpendapa­t dengan meneruskan PPPM 2013-2025, dan jaminan beberapa penambahba­ikan menunjukka­n beliau (Maszlee) komited dengan kebaikan dasar terdahulu.

“Ini penting kerana setiap dasar diwujudkan mesti ada kebaikan dan nilai positifnya yang ingin dibawa dan pada masa sama mungkin kita terlepas pandang beberapa kelemahan tetapi wujud ruang untuk penambahba­ikan,” katanya.

Pada masa sama katanya, MAPIM berharap dasardasar pendidikan yang diwujudkan sebelum ini, mempunyai nilai-nilai positif akan diteruskan.

Katanya, tidak mungkin sesuatu dasar diwujudkan tanpa penyelidik­an dan perbincang­an panjang lebar atau serius dalam kalangan menteri serta pegawai tinggi kementeria­n.

Omar Immun Yang Dipertua MAPIM Sarawak

 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia