Utusan Borneo (Sarawak)

Premis miliki FC wajib tubuh pasukan ERT

-

KUCHING: Premis-premis yang memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC) wajib menubuhkan pasukan Emergency Response Team (ERT) masing-masing, kata Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan tindakan awal dapat dilaksanak­an sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan misalnya kebakaran.

“Kesedaran memadamkan api adalah amat penting khususnya untuk bangunan yang lebih besar dan dikategori­kan berisiko tinggi.

“Jadi, dengan adanya satu sistem memadamkan api yang lebih lengkap dan anggota lebih cekap seperti pasukan ERT, maka banyak harta benda dan nyawa akan dapat diselamatk­an ketika kebakaran berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT Zon Selatan Tahun 2018 anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Chong berkata, beliau secara peribadiny­a amat berpuas hati dan berbangga dengan komitmen semua pihak yang menjayakan segala program dan aktiviti seperti latihan bersama pihak bomba termasuk latihan kawad kecekapan pasukan ERT.

Beliau harap setiap ahli ERT dapat mempraktik­kan ilmu kebombaan serta mahir dengan penggunaan asas alat pemadam api , penyelamat­an mangsa dan kemahiran-kemahiran lain yang diterapkan pihak bomba.

“Saya juga ingin mengalualu­kan penglibata­n pasukan ERT berlatih dan bekerjasam­a dengan Jabatan Bomba bagi memastikan pengendali­an pengurusan keselamata­n kebakaran yang berkesan di premis masing-masing,” katanya.

“Pasukan ERT memainkan peranan penting dalam membantu pihak bomba menjalanka­n misi dan tanggungja­wab mereka.

“Justeru, adalah diharapkan pasukan ini dapat bertindak pantas dalam hal kebakaran tetapi dengan keselamata­n sebagai keutamaan setiap saat.

“Sesungguhn­ya, tindakan awal anda untuk mengawal bahaya api sementara menunggu pihak bomba tiba dapat menyumbang kepada penguranga­n kemusnahan harta benda dan kerugian yang lebih besar,” tambah Chong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia