Utusan Borneo (Sarawak)

TH Pelita Gedong johan Pertanding­an Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT

-

KUCHING: Pasukan Emergency Response Team (ERT) TH Pelita Gedong Sdn Bhd muncul johan keseluruha­n Pertanding­an Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT Zon Selatan Tahun 2018 di sini, malam kelmarin.

Dengan kemenangan itu, pasukan ERT TH Pelita Gedong Sdn Bhd membawa pulang hadiah sebuah trofi.

Pasukan itu turut menjuarai dua kategori iaitu latihan kawad operasi peralatan kebakaran dan latihan kawad campuran basah 300 kaki dua pancutan.

Sebanyak empat kategori dipertandi­ngkan iaitu latihan kawad operasi peralatan kebakaran, kawad ‘fireman lift’, kawad ‘ ironman’ ERT dan latihan kawad campuran basah 300 kaki dua pancutan.

Dalam acara latihan kawad ‘ fireman lift’, juara disandang Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) manakala kawad ‘ ironman’ ERT dimenangi Lembaga Pelabuhan Kuching.

Seramai 260 peserta membabitka­n 24 pasukan ERT daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta menyertai pertanding­an itu yang dianjurkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Hadiah-hadiah disampaika­n Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen yang juga merupakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak.

Sementara itu, Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohamad semasa berucap pada penutupan majlis makan malam pertanding­an itu berkata, program yang dianjurkan itu merupakan satu platform untuk pasukan ERT mengukur tahap kompetensi masingmasi­ng.

“Sebelum ini, mungkin pasukan ERT yang ada dalam agensi atau syarikat tidak dapat menilai kekuatan dan kelemahan pasukan kerana berada dalam kepompong masing-masing.

“Dengan adanya wadah ini, maka pasukan- pasukan ini dapat membuka pemikiran dan berkongsi idea bersama rakan- rakan dalam lapangan tugas yang sama selain dapat memberi motivasi kepada mereka dengan pendekatan latihan yang lebih intensif berbanding latihan- latihan yang lazim dijalankan,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Chong bersama Nor Hisham merakam kenangan bersama pasukan ERT TH Pelita Gedong Sdn Bhd yang dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Pertanding­an Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT Zon Selatan Tahun 2018 di Kuching, malam kelmarin.
KENANGAN: Chong bersama Nor Hisham merakam kenangan bersama pasukan ERT TH Pelita Gedong Sdn Bhd yang dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Pertanding­an Program Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan ERT Zon Selatan Tahun 2018 di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia