Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama kerajaan persekutua­n dengan Sarawak diteruskan Mansor memberi jaminan bahawa beliau akan menjadi jambatan baik untuk teruskan kerjasama kedua-dua kerajaan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Mat memberi jaminan bahawa beliau akan menjadi jambatan yang baik untuk meneruskan kerjasama antara kerajaan persekutua­n dan Kerajaan Sarawak.

Katanya walaupun terdapat perbezaan antara kedua-dua kerajaan ini, namun dari segi kerjasama ia perlu diteruskan demi kesinambun­gan pembanguna­n Sarawak amnya.

“Saya bagi pihak kerajaan persekutua­n di sini berperanan untuk bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak.

“Walaupun berlakunya perbezaan antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri, tetapi dari segi kerjasama tetap kita jalankan seperti biasa.

Walaupun berlakunya perbezaan antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri, tetapi dari segi kerjasama tetap kita jalankan seperti biasa. Datuk Mansor Mat Setiausaha Persekutua­n Sarawak

“Malah kami dari semasa ke semasa akan merujuk kepada Putrajaya untuk membantu Kerajaan Sarawak dalam melaksanak­an pelbagai aktiviti yang telah kami aturkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual semasa menghadiri Majlis RamahTamah Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak di sini, semalam.

Menjelas lanjut, Mansor berkata antara kerjasama yang akan diberi tumpuan adalah dengan Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) termasuk Jabatan Pendidikan dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

“Kita perlu bekerjasam­a dalam semua aspek yang melibatkan rakyat Sarawak dengan kerajaan persekutua­n, kerana peranan kerajaan persekutua­n adalah membekalka­n pembanguna­n yang patut dibawa ke Sarawak dan ia harus diteruskan seperti biasa,” katanya.

 ??  ?? PELBAGAI: Mansor melawat gerai-gerai makanan yang dibuka pada Majlis Ramah-Tamah Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri JPJ Sarawak, semalam.
PELBAGAI: Mansor melawat gerai-gerai makanan yang dibuka pada Majlis Ramah-Tamah Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri JPJ Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia