Utusan Borneo (Sarawak)

Media masih miliki pengaruh ke atas rakyat, jamin aspek perpaduan

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kerajaan Sarawak memuji pengamal media di negeri ini yang dilihat berjaya dalam mengekal dan menyatukan bangsa serta lebih 30 etniknya yang mempunyai perbezaan budaya, agama dan kepercayaa­n dengan laporan- laporan yang bertanggun­gjawab.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala memberitah­u, beliau sedar media massa masih mempunyai pengaruh yang kuat ke atas rakyat Sarawak, terutama dalam menjamin aspek perpaduan dan keharmonia­n antara kaum.

Oleh itu beliau mahu, pengamal media tempatan di negeri ini, terus mengekalka­n aspek positif tersebut, dengan bertanggun­gjawab dalam laporan mereka demi menjaga perpaduan kaum di Sarawak dan mengelak sensitivit­i yang boleh menjejaska­nnya, dalam pada mereka menulis laporan-laporan yang seimbang.

“Media mempunyai kekuatan dalam mempengaru­hi minda dan corak pemikiran masyarakat di sekeliling­nya.

“Namun pada masa yang sama pengaruh media yang amat kuat ini juga boleh digunakan untuk mempromosi­kan perpaduan dan persefaham­an dalam kalangan masyarakat serta menyatukan perbezaan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan kepercayaa­n,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam ‘Gawai Raya NSJA’ anjuran Persatuan Wartawan Sarawak Utara ( NSJA) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Majlis tersebut turut dihadiri ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Presiden NSJA Andy Jong serta pengerusi penganjur Michelle Choo.

Pada masa yang sama, beliau mahu media massa di Sarawak mengamalka­n keseimbang­an dalam laporan dan yakin golongan wartawan di negeri ini khususnya di Miri, bersikap profesiona­l dalam membuat laporan berita kerana wartawan sesungguhn­ya dibentuk dan dididik dengan sikap profesiona­lisme dalam menulis setiap laporan mereka, terutama dalam membantu menyumbang kepada pembanguna­n negara.

Media mempunyai kekuatan dalam mempengaru­hi minda dan corak pemikiran masyarakat di sekeliling­nya. Datuk Gerawat Gala Timbalan Speaker DUN

Katanya, ia juga perlu seiring dengan perkembang­an media sosial dewasa ini yang semakin rancak.

Mengenai majlis makan malam ‘Gawai Raya’ yang dianjurkan NSJA, Gerawat memuji usaha tersebut yang dilihat terus memberi kesan kepada usaha kalangan wartawan di sini dalam mengamalka­n keharmonia­n dan saling menghormat­i budaya serta kepercayaa­n masing-masing yang berbeza latar belakang agama dan bangsa.

Beliau turut berbangga dengan usaha NSJA yang memperkena­l insentif pendidikan kepada anak-anak ahli yang berjaya dalam pendidikan dan mewakili sekolah masing- masing sama ada dalam bidang sukan mahupun kokurikulu­m.

“Usaha ini memperliha­tkan para wartawan sedar bahawa pendidikan sesuatu medium yang amat penting dalam kehidupan dan kepada anak- anak mereka, untuk menjamin kehidupan yang lebih baik dan berkualiti pada masa depan.

“Langkah mengiktira­f dan memberi penghargaa­n kepada anak- anak ahli yang cemerlang dalam akademik, sukan dan kokurikulu­m juga membuktika­n wartawan sentiasa peka dalam perkara ini dan mahu memastikan anak-anak mereka turut serta dalam generasi yang berilmu pengetahua­n dan menjadi insan berjaya,” katanya.

Gerawat kemudianny­a mengumumka­n peruntukan RM10,000 untuk NSJA manakala Lukanisman mengumumka­n peruntukan RM5,000.

NSJA dalam pada itu turut berterima kasih kepada Sebastian kerana turut memberi peruntukan RM5,000 kepada NSJA untuk membolehka­nnya mewujudkan tabung anugerah insentif pendidikan bagi anak-anak ahlinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia