Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet lulus penubuhan Bahagian Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak: Fatimah

-

KUCHING: Kabinet Sarawak meluluskan penubuhan bahagian baharu dalam Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita dan Pembanguna­n Kanak-kanak (KKKKWPK) yang dipanggil Bahagian Pembanguna­n Awal KanakKanak.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kabinet negeri juga meluluskan sembilan jawatan untuk bahagian tersebut.

“Pada mesyuarat kabinet negeri pagi tadi (semalam) telah meluluskan penubuhan satu bahagian yang dipanggil Bahagian Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak di bawah kementeria­n saya.

“Penstruktu­ran yang jelas telah dibuat dan diluluskan sembilan jawatan yang akan diisi untuk bahagian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri e- DOK di bilik mesyuarat KKKKWPK, Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya di sini semalam.

Fatimah menjelaska­n bahawa sembilan jawatan untuk bahagian itu akan diiklankan dan permohonan boleh dibuat menerusi atas talian di laman ‘Sarawak e-recruitmen­t’.

Menurutnya, meskipun sembilan jawatan itu berstatus kontrak, kementeria­nnya akan berusaha mendapatka­n kelulusan daripada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk mendapatka­n status tetap dan berpencen.

Malah, beliau memberita- hu pangkat sembilan jawatan itu dari diploma hingga ke gred 48.

“Justeru, kita mempelawa mereka yang berkelayak­an, berpengala­man dan mempunyai kepakaran khusus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak agar memohon jawatan ini kelak.

“Kita mahu kualiti dalam menyediaka­n pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini dapat diperhebat­kan,” tambahnya.

Pada masa sama Fatimah memberitah­u, sebelum ini kementeria­nya tidak mempunyai bahagian yang khas untuk pembanguna­n kanakkanak dan hanya mengguna pakai Majlis Pendidikan dan Pembanguna­n Kanak-Kanak yang terdiri daripada sukarelawa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia