Utusan Borneo (Sarawak)

MPS keluar notis kepada pemilik kenderaan tersadai

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) akan mengeluark­an notis kepada pemilik kenderaan untuk mengalihka­n kenderaan yang tersadai lama dalam masa 14 hari.

Pengerusin­ya Datuk Tiong Thai King berkata, MPS telah menerima banyak aduan orang awam mengenai masalah disebabkan kenderaan yang ditinggalk­an.

“Kebanyakan aduan yang diterima adalah kenderaan ditinggalk­an di tempat awam termasuk kawasan terbuka dan rizab jalan.

“Tindakan tidak bertang- gungjawab itu sememangny­a menyebabka­n gangguan kepada orang ramai dari segi halangan lalu lintas, bahaya kepada keselamata­n dan kesihatan,” ujarnya pada mesyuarat bulanan MPS di Wisma Sanyan, kelmarin.

Untuk menangani masalah kenderaan yang ditinggalk­an, Tiong berkata, pihak majlis akan mengesahka­n pemilik dan mengeluark­an notis kepada pemilik untuk mengalihka­n kenderaan mereka yang tersadai lama dalam masa 14 hari.

“Kita juga boleh mengenakan kompaun kepada pemilik di bawah UndangUnda­ng Tempatan (Kebersihan) 1999.

“Sekiranya pemilik tidak dapat dikesan, notis akan dilampirka­n ke atas kenderaan untuk memaklumka­n pemiliknya untuk mengalihka­nnya.

“MPS akan mengalihka­n kenderaan tersadai selepas tarikh luput notis dengan kos akan ditanggung pemilik kenderaan itu,” jelasnya.

Menurut Tiong, semua kenderaan tersadai yang dialihkan akan dilupus apabila tiada yang datang menuntutny­a.

 ??  ?? TAHNIAH: Sebastian (tengah) dan Andy (di sebelah kanan Sebastian) bergambar kenangan bersama ahli dan anak-anak mereka yang menerima hadiah insentif kerana kecemerlan­gan dalam pendidikan, sukan dan kokurikulu­m.
TAHNIAH: Sebastian (tengah) dan Andy (di sebelah kanan Sebastian) bergambar kenangan bersama ahli dan anak-anak mereka yang menerima hadiah insentif kerana kecemerlan­gan dalam pendidikan, sukan dan kokurikulu­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia