Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis rumah terbuka landasan terbaik kukuhkan silaturahi­m

-

SIBU: Majlis rumah terbuka mahupun Majlis RamahTamah Aidilfitri yang dianjurkan oleh komuniti Islam pada setiap kali menjelang bulan Syawal adalah landasan terbaik untuk mengukuhka­n silaturahi­m pelbagai kaum.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie berkata, itulah keunikan majlis tersebut kerana menjemput semua kaum datang berkunjung untuk bersamasam­a meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Ketika kunjungan itu, kita beramah mesra selain menikmati juadah yang disediakan. Ini akan dapat meningkatk­an lagi keakraban kita dengan kaum lain.

“Sikap sebegini amat kita alu-alukan dalam mengeratka­n lagi silaturahi­m sekali gus mengekalka­n perpaduan rakyat berbilang kaum dalam membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di Dewan Kompleks Islam Sibu di sini, Isnin lepas.

Hadir sama ialah Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Abu Seman berkata, keunikan pelbagai kaum dan agama di negeri ini menguatkan lagi matlamat tersebut untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang aman, makmur dan sejahtera.

“Saya menggesa agar TBS di bawah pimpinan Abang Mohd Shibli menganjurk­an lebih banyak program yang dapat menarik penyertaan daripada pelbagai kaum dan agama.

“Walaupun TBS adalah sebuah badan atau agensi yang berkaitan dengan keagamaan, ia bukan satu penghalang untuk kita bersama dengan kepelbagai­an komuniti,” jelasnya.

Sementara itu, majlis itu julung kalinya diadakan di Sibu kerana kebiasaann­ya dianjurkan di Kuching.

Tetamu yang hadir turut disambut mesra oleh Abang Mohd Shibli serta staf TBS yang lain.

Hadirin yang hadir turut disajikan dengan pelbagai juadah yang disediakan serta dihiburkan dengan lagulagu Hari Raya bagi memeriahka­n lagi suasana.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Abu Seman (dua kanan), Abang Mohd Sibli (tengah), Siaw (dua kiri) serta yang lain ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri TBS di Sibu, Isnin lepas.
RAIKAN BERSAMA: Abu Seman (dua kanan), Abang Mohd Sibli (tengah), Siaw (dua kiri) serta yang lain ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri TBS di Sibu, Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia