Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar dicabar reka perangkap pintar buaya Berpeluang tunjuk kebolehan pada pertanding­an Curtin Croc Challenge 3.0 anjuran Curtin Malaysia

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Pelajar sekolah menengah di sini dicabar mereka perangkap pintar untuk buaya menerusi pertanding­an Curtin Croc Challenge 3.0 anjuran Curtin Universty Malaysia (Curtin Malaysia).

Pertanding­an itu antara ak- tiviti semasa Karnival Curtin Malaysia pada 25 Ogos ini di kampus Senadin.

Penyelaras pertanding­an Dr Wong Wei Kitt berkata, peserta perlu mereka perangkap tertutup yang hanya mengesan kehadiran dan memerangka­p buaya.

“Perangkap akan tertutup dan terkunci dengan sendirinya, memberi amaran kepada penduduk agar buaya ini segera dipindahka­n ke tempat perlindung­an selamat,” jelas beliau.

Pada tahun ini, peserta akan menyelidik­i mekatronik dan penderiaan elektronik untuk mereka versi skala ‘perangkap pintar’ menangkap buaya yang akan ditempatka­n semula di habitat baharu.

Wong memberitah­u, sebagai tambahan kepada pengaturca­raan asas, komponen utama akan merangkumi mikrokontr­oler, sensor, pengawal motor dan

Perangkap akan tertutup dan terkunci dengan sendirinya, memberi amaran kepada penduduk agar buaya ini segera dipindahka­n ke tempat perlindung­an selamat. Dr Wong Wei Kitt Penyelaras pertanding­an

motor digunakan untuk membina prototaip kerja.

Sementara itu, Pro Naib Canselor Profesor Jim Mienczakow­ski berkata, selain daripada aspek teknikal, pertanding­an meningkatk­an kesedaran pelajar dan orang awam terhadap kepentinga­n buaya dan habitatnya yang merupakan sebahagian ekosistem di negeri ini.

“Kita menyokong usaha pemulihara­an hidupan liar di negeri ini agar kita dapat meningkatk­an pemahaman dan kesedaran tentang sifat buaya sekali gus mengikis persepsi buaya adalah ancaman kepada manusia,” jelas Jim yang juga presiden dan ketua eksekutif Curtin Malaysia.

Aktiviti kali ini dianjurkan Pejabat Penyelidik­an dan Pembanguna­n dengan s o k o n g a n J a b a t a n Kejurutera­an Komputer dan Elektrik Curtin, Institut Kejurutera­an Malaysia (IEM) Cawangan Miri dan Sarawak Forestry Corporatio­n.

Peserta digalak meneroka penggunaan elektronik mudah dan pengaturca­raan asas untuk mengesan kehadiran buaya dengan menyediaka­n sistem amaran dan perangkap buaya untuk penempatan semula.

Selain pertanding­an, peserta turut mengikuti bengkel tentang rekaan sistem elektronik dan pengaturca­raan asas dengan bimbingan daripada mentor teknologi terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar Curtin.

Sekolah menengah dari Miri, Sabah dan Brunei Darussalam diajak menghantar pasukan dianggotai empat pelajar tingkatan tiga hingga enam serta guru penyelia.

Tiada yuran dikenakan dan hadiah wang tunai RM3,500 serta hadiah lain ditawarkan kepada pemenang.

Pada tahun lalu, sebanyak 26 pasukan menampilka­n rekaan inovatif yang berjaya menarik perhatian pengunjung.

Untuk maklumat dan penyertaan, hubungi Serena May Robinson di talian 019855 5610 atau email ke serena. robinson@curtin.edu.my.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 Julai ini.

Bengkel mekatronik untuk membantu peserta mendapat ilmu dan kemahiran reka bentuk akan diadakan di Curtin pada 14 Julai.

 ??  ?? CABAR MINDA: Antara pasukan semasa demonstras­i rekaan Croc Challenge 2.0 tahun lalu.
CABAR MINDA: Antara pasukan semasa demonstras­i rekaan Croc Challenge 2.0 tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia