Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK Bintulu kesan dua kes, dikompaun serta-merta

-

BINTULU: Dua kes direkodkan daripada 533 premis yang diperiksa oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Bintulu dalam operasi pemeriksaa­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa dalam tempoh 15 hari bermula 8 hingga 22 Jun lepas.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Bintulu Salihin Den berkata, dua kes tersebut membabitka­n Perintah 2(1) Perintah Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Penandaan Harga Barang Terkawal No.2 2018) serta kes tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu terhadap barang kawalan.

“Kesalahan itu adalah untuk dua jenis barang jualan iaitu telur ayam dan bawang merah,” ujarnya pada sidang media sempena Program Kepengguna­an Sambutan Gawai Raya yang bertemakan ‘Friends of KPDNKK 2018’ di premis KPDNKK Bintulu semalam.

Justeru katanya, kesalahan itu telah dikenakan kompaun serta-merta terhadap peniaga individu berjumlah RM100 dan sebuah lagi untuk syarikat dikenakan RM200 dengan keseluruha­n kompaun RM300 dan nilai rampasan barangan pula RM292.

Dalam pada itu Salihin berkata, untuk pemeriksaa­n Ops Catut 4.0 bermula 1 Jun hingga 26 Jun lepas mereka menerima 10 aduan dalam sistem e-aduan dengan 15 amaran dikeluarka­n.

Katanya, pihaknya telah menyiasat aduan tentang jenis barang yang didakwa mahal secara spesifik dan bukan aduan yang berbentuk umum.

“Aduan paling banyak diterima berjumlah enam aduan ialah tidak menurunkan harga selepas sifar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an ( GST) yang dikuatkuas­a kerajaan, dua aduan membabitka­n tindakan mengenakan enam peratus GST serta dua aduan lagi adalah harga yang dibundarka­n (rounding) pada setiap barangan,” ujarnya.

Katanya, aduan yang diterima adalah terhadap kedai minuman dan pasar raya termasuk kedai runcit biasa.

“Kami telah memberi amaran kepada pengusaha perniagaan terbabit (berkaitan membundar harga untuk setiap barangan) tetapi mereka meminta tempoh untuk memperbetu­lkan sistem dan menyelesai­kannya sendiri namun mereka perlu ada pegawai khas untuk sentiasa memantau bagi membayar balik kepada pengguna tanpa pengguna membuat aduan kepada KPDNKK,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini 3,300 barang keperluan diperiksa daripada 110 premis di bahagian ini dan kami akan melakukan pemeriksaa­n semula dalam tempoh tiga hari untuk memastikan barangan sifar GST diturunkan harga oleh peniaga.

“Kami mendapati peniaga mematuhi dan kebanyakan harga diturunkan dan daripada data harga barangan yang dikutip ada yang masih kekal harga enam peratus GST seperti beberapa jenis minuman termasuk ada pakaian yang masih ditampal harga baharu tetapi mengekalka­n harga enam peratus GST,” katanya.

Katanya, ia adalah aduan awam dan pihak kami melakukan pemeriksaa­n lanjut terhadap barangan terbabit untuk ditangani tetapi kebanyakan barangan ini tidak terdapat dalam data harga yang kami kumpulkan dan data harga dikutip pada setiap minggu yang dipantau.

Hadir pada majlis itu Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Ketua Balai Polis Bintulu ASP Arman Khan Abdullah, pegawai, kakitangan kerajaan serta pegawai-pegawai dan kakitangan KPDNKK Bintulu. MIRI: Anak- anak yatim di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada syarikat Madury Jaya Enterprise (Madury Jaya) Limbang pada majlis malam kelmarin.

Sumbangan disampaika­n Pengurusny­a Musa Burut dan isteri Asmah Abdullah.

Hadir sama Pengerusi Kompleks Kaunselor Julaihi Mohamad.

Julaihi berkata, pihak mereka amat mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama daripada orang awam untuk membantu bersama menjaga kebajikan anak-anak yatim serta penyelengg­araan rumah jagaan itu.

“Sumbangan t i dak semestinya dalam bentuk kewangan.

“Orang awam juga boleh menganjurk­an aktiviti gotong-royong membersih d a n m e n c a n t i k k a n persekitar­an kompleks, menawarkan tuisyen percuma, bicara motivasi, sumbangan makanan dan keperluan harian,” jelasnya.

Julaihi yang juga timbalan datuk bandar berkata, kompleks kini menjaga 65 anak yatim dari sekitar utara Sarawak.

Selain kebajikan, pihak pengurusan turut memastikan anak-anak yatim menerima pendidikan sebaiknya sehingga ke menara gading.

Musa berkata, ia merupakan lawatan kedua dan kebajikan anak yatim sentiasa berada dekat di hati beliau.

“Walaupun kecil, saya berharap sumbangan ini akan memberi kegembiraa­n kepada kanak- kanak ini khasnya ketika kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia, “jelasnya.

 ??  ?? SUMBANGAN IKHLAS: (Dari tujuh kiri) Asmah, Musa dan Julaihi bergambar bersama anak yatim Kompleks Hamidah pada majlis malam kelmarin.
SUMBANGAN IKHLAS: (Dari tujuh kiri) Asmah, Musa dan Julaihi bergambar bersama anak yatim Kompleks Hamidah pada majlis malam kelmarin.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Salihin (tengah) merakam gambar dengan Jack, Arman, Mataip (kanan) serta pegawai-pegawai KPDNKK Bintulu sempena Program Kepengguna­an Sambutan Gawai Raya yang bertemakan ‘Friends of KPDNKK 2018’ di premis KPDNKK Bintulu semalam.
UNTUK ALBUM: Salihin (tengah) merakam gambar dengan Jack, Arman, Mataip (kanan) serta pegawai-pegawai KPDNKK Bintulu sempena Program Kepengguna­an Sambutan Gawai Raya yang bertemakan ‘Friends of KPDNKK 2018’ di premis KPDNKK Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia