Utusan Borneo (Sarawak)

LPG 14kg bukan untuk kegunaan komersial: KPDNKK Bintulu

-

BINTULU: Penggunape­ngguna komersial daripada industri yang merangkumi hotel, restoran, kedai dobi dan kilang diarah menggunaka­n gas petroleum cecair (LPG) 50 kilogram (kg), bukannya LPG 14kg yang disubsidik­an kerajaan.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Bintulu Salihin Den berkata, arahan itu adalah untuk memastikan semua industri menggunaka­n LPG 50kg seperti yang telah ditetapkan kerajaan.

Katanya, dalam Ops LPG bermula pada 1 Jun hingga 26 Jun lepas, 11 premis telah diperiksa merangkumi enam hotel, tiga dobi dan dua kilang serta dua amaran dikeluarka­n untuk tempoh 14 hari agar industri terbabit mematuhi arahan tersebut.

“Saya menasihati industri untuk menukar tong LPG daripada 14kg kepada 50kg serta memohon permit untuk menyimpan dan menggunaka­n LPG memandangk­an permit ini penting.

“Ini bermakna tanpa permit itu, pembekal tidak dapat menjual tong gas ini kepada industri dan penggunaan tanpa permit adalah satu kesalahan,” ujarnya semasa bercakap pada sidang media sempena Program Kepengguna­an Sambutan Gawai Raya yang bertemakan ‘Friends of KPDNKK 2018’ yang dihadiri lebih 100 tetamu di premis KPDNKK Bintulu semalam.

Katanya, objektif utama Ops LPG ini adalah untuk mengarahka­n semua pengguna industri menggunaka­n gas memasak 50kg dan untuk restoran makanan segera mereka telah menggunaka­n tong gas jenis 50kg ini.

Jelasnya, hasil pemeriksaa­n terhadap premis industri berkaitan masih rendah bermula pada 1 Jun sehingga penghujung tahun ini memandangk­an mereka masih memfokus kepada pemeriksaa­n bagi penguatkua­saan sifar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

Mengenai kemungkina­n kenaikan harga LPG katanya, tong LPG 14kg adalah mengikut harga kawalan tetapi untuk LPG 50kg mengikut harga pasaran berbanding sebelum ini mengikut harga semasa pasaran minyak yang diapungkan dan keadaan kini pula harga minyak kekal setelah disubsidik­an.

“K e p a d a i n d u s t r i , kami berharap mereka tidak bimbang berkenaan bekalannya memandangk­an stok mencukupi dan kami diberi jaminan oleh pemborong,” tambahnya.

Dalam pada itu, sehingga Jun tahun ini 3,866 premis diperiksa KPDNKK di Bintulu merangkumi 3,416 di bandar dan 450 di kawasan luar bandar.

Sebanyak empat kes direkodkan merangkumi 25 kes Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan nilai kompaun RM4,500 dan nilai rampasan RM53,386; Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 (21 kes dengan kompaun RM2,400 dan nilai rampasan RM6,087.70), Akta Perihal Dagangan20­11(duakesdeng­an nilai rampasan RM1,700) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (lima kes dengan nilai rampasan RM61,367.70).

Jumlah keseluruha­n kes ialah 53 dengan nilai kompaun RM6,900 dan nilai rampasan RM122,541.40.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia