Utusan Borneo (Sarawak)

Ramah-Tamah Aidilfitri di Kampung Melayu Betong Sabtu ini

-

BETONG: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H, Jawatankua­sa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri (JMRTAF) Kampung Melayu Betong akan menganjurk­an majlis berkenaan di sini.

Menurut Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Zawawie Rajit, majlis akan dilangsung­kan di pekarangan Masjid Jamek Betong pada 30 Jun, Sabtu ini.

“Seperti lazimnya kita di bawah JMRTAF telah bersetuju mengadakan majlis berkenaan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H bersama masyarakat kampung.

“Justeru kita menyeru penduduk Kampung Melayu Betong yang merangkumi Kampung Masjid, Kampung Tengah, Kampung Hilir, Kampung Baru Hulu, Kam- pung Baru Hilir dan Kampung Passa Melayu Betong untuk datang memeriahka­n majlis yang kita rancang.

“Tidak ketinggala­n juga penduduk sekitar taman perumahan berdekatan akan turut dilibatkan bersama termasuk warga Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong dan ahli Saudara Baru Betong,” katanya.

“Lebih bermakna, sambutan perayaan ini juga akan diserikan dengan kehadiran wakil-wakil rakyat tempatan.

“Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka hadir untuk menyempurn­akan majlis yang turut disertai isterinya dan ADUN Layar Gerald Rentap Jabu serta barisan kenamaan yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas tentang majlis berkenaan pada mesyuarat penganjura­n majlis berkenaan di Masjid Jamek Betong kelmarin.

Beliau turut menjelaska­n tentang dana pengurusan majlis adalah hasil sumbangan wakil rakyat berkenaan.

“Kita amat menghargai sumbangan dana yang disalurkan wakil rakyat kita untuk penganjura­n majlis ini.

“Kita juga menjangkak­an 1,300 penduduk akan menghadiri majlis berkenaan nanti,” jelasnya.

Turut hadir ketua-ketua kampung serta pengerusi persatuan dan surau.

 ??  ?? BARISAN BERTUGAS: Zawawie bersama ahli jawatankua­sa kerja yang dibentuk.
BARISAN BERTUGAS: Zawawie bersama ahli jawatankua­sa kerja yang dibentuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia