Utusan Borneo (Sarawak)

47 kes merupakan kes yang disahkan sementara 311 kes lagi disyaki kes kencing tikus

-

SIBU: Sejumlah 358 kes Leptospiro­sis atau kencing tikus dicatatkan di Sarawak dari 1 Januari hingga 16 Jun tahun ini, dengan kes menunjukka­n sedikit peningkata­n.

Daripada jumlah tersebut, 47 kes merupakan kes yang disahkan sementara 311 kes lagi disyaki kes kencing tikus.

“Berbanding tempoh sama tahun lepas, sejumlah 306 kes dicatatkan dengan 64 kes disahkan dan 242 kes yang disyaki.

“Ini menunjukka­n peningkata­n kes sebanyak 17 peratus

Berbanding tempoh sama tahun lepas, sejumlah 306 kes dicatatkan dengan 64 kes disahkan dan 242 kes yang disyaki.

pada tahun ini,” ujar Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau memberitah­u, sehingga 16 Jun tahun ini, tiga kematian akibat kencing tikus telah disahkan sementara lima lagi kematian disyaki akibat kencing tikus.

Berbanding tahun lepas, dua kematian dicatatkan manakala 12 lagi kematian disyaki akibat kencing tikus.

“Mereka yang terdedah kepada penyakit ini kebanyakan yang bekerja sebagai petani, pekerja pembalakan dan ne- layan, pekerja pembersiha­n serta buruh yang mewakili lebih 50 peratus daripada kes,” jelasnya.

Dr Jamilah berkata, penyakit kencing tikus ini berjangkit apabila seseorang itu terdedah kepada bakteria Leptospiro­sis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Menyentuh mengenai tanda penyakit kencing tikus, beliau berkata pesakit akan menunjukka­n beberapa gejala seperti demam, sakit kepala, sakit anggota tubuh, sakit perut, ruam, radang selaput mata dan batuk.

Dr Jamilah Hashim Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

 ??  ?? DR JAMILAH
DR JAMILAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia